TESTIMONIAL

FIND ME ON INSTAGRAM! -

Saturday 7 December 2013

wellness centre 7 Shah Alam

bismillah...

Welcome to Wellness centre 7 Shah Alam!!!! sudah nak hampir setahun wellness centre ini beroperasi... masih ramai lagi yang tak tahu ke-wu-ju-dan wellness centre ni.. so, meh cek mek bagi gambaran... pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun ini...

"Success University" a.k.a 500 class
kak nadia mohamad, Mill Team Member datang..as guest speaker
sgt memberi inspirasi buat kami! kerja keras pada awal kerjaya..but now, 360 degree life changing..
alhamdulillah

me, farhanna natasya dan norkiah
kami-bertiga-operator setia wellness centre 7 shah alam
we learn a lot
we WILL ... kami akan memiliki kelab nutrisi sendiri..
In Shaa Allah

tell-show-try-do session
untuk mereka yg baru menceburi Herbalife as coach, boleh datang belajar di wellness centre 7 shah alam. learn from basic. learn from success people


paling best! FITNESS CLASS
setiap selasa
jam 830 malam
bayaran RM 5 SAHAJA
AND OPEN TO ALL! YES ALL



basically, wellness centre 7 shah alam adalah untuk semua! mereka yang nak kasih sayang, nak ubah kehidupan, nak mendapat inspirasi dari org lain, nak lebih positif dengan orang-orang positif, semangat yang baru

jadi
adakah anda tergolong dalam "mereka" yang saya maksud kan?
jemput hadir!!

banyak lagi aktiviti menarik
like "year end sales"
we have YES
YEAR END SLIM
CHALLENGE



Wednesday 18 September 2013

He is my brother in law

Produk kurus yang berkesan : Herbalife (Nutrisi Seimbang)


Kerjaya saya adalah sebagai jurulatih kesihatan. Saya Bukan Jurujual Herbalife. Beza juru jual adalah individu yang hanya menjual produk tanpa menggunakan produk itu sendiri, Saya melatih pelanggan saya sehingga mendapatkan hasil yang diingini bersama panduan penggunaan, ilmu yang diperlukan dan perkhidmatan sokongan.

Berapa Harga Herbalife? Saya akan nasihatkan harga bergantung kepada Budget makanan harian anda dan juga berdasarkan target penurunan yang diinginkan.Kami ada Program yang sesuai untuk pelajar, Suri Rumah yang sibuk, Pekerja dan juga Para Pesara.

Alhamdulillah sudah lebih 5 tahun komited pada misi ini. Ramai diluar sana yang ingin menguruskan berat badan tetapi tidak berhasil. Salah satu sebab adalah disebabkan tidak konsisten, tiada motivasi dan mungkin cabaran yang diterima dari pelbagai aspek.

TAPI ramai juga yang berjaya!


Nak tahu apa rahsia kami? Mudah. Sebab mereka mempunyai jurulatih. Tidak mungkin sebuah pasukan bole sepak bersepakat dan beraksi di padang bola dengan hebat sekiranya mereka tidak mempunyai jurulatih. Tidak mungkin juga pemain badminton Datuk Lee Chong Wei memenangi piala peringkat antarabangsa sekiranya beliau tidak memiliki jurulatih.

Program penurunan berat badan yang saya jalankan ini amat mudah dikendalikan. Sekiranya kita tidak berpeluang untuk berjumpa, tiada masalah. Kerana saya pernah menjadi jurulatih untuk seorang yang baru dikenali melalui laman sosial. Tak pernah jumpa. Tetapi beliau berjaya turun 7kg lemak!


Bermulanya... sesi perkenalan diantara kakak saya dan abang ipar saya pada bulan Mac 2011. Setahu saya, mereka berkenalan melalui laman sosial facebook. Alhamdulillah perkenalan ini membawa mereka ke sebuah perkahwinan. 

Ini Gambar Abang Ipar saya. Saya ambil di laman facebook beliau.

Bulan May 2010
Bulan Februari 2011
Bulan Mac 2011 (Mereka mula berkenalan)

Berat abang ipar saya mencecah 125kg. Cepat letih dan kurang bertenaga. Akibat gaya hidup yang tidak sihat, abang ipar saya mempunyai masalah kesihatan. Sudah bergantung pada ubat yang diberi oleh doktor kesihatan.  

Kenapa anda ingin turunkan berat badan?

Tips untuk turunkan berat badan dengan cepat adalah, anda wajib ada sebab yang besar untuk kurus. Bukan hanya hangat-hangat mak jenin. "Tengoklah, kalau kurus pun best, tak dapat kurus pun tak apa." Berbalik pada cerita abang ipar saya, beliau mempunyai sebab yang besar untuk kurus! Sebabnya adalah : 

Kurus sebelum kahwin! 

Dengan semangat yang tinggi, abang ipar saya berjaya membuktikan walaupun beliau sebelum ini sangat banyak makan, berjaya menurunkan 12kg yang pertama dalam masa hanya 40 hari sahaja !

 (Hasil produk tidak tipikal. Hasil individu berbeza-beza)

21 Mei 2011 
Berlangsungnya majlis pertunangan dikediaman kami di Semenyih.

Ketika majlis ini, untuk pertama kali saya bersua muka dengan abang ipar saya. Ini membuktikan program penurunan berat badan ini boleh dilakukan walaupun anda jauh dengan jurulatih. Ketika ini beliau telah berjaya menurunkan 15kg lemak dan telah pun berjaya menukarkan saiz baju dan seluar kepada lebih kecil.

Bulan Oktober 2011
Berlangsungnya Majlis Perkahwinan diantara kakak saya dan abang ipar saya.

Jom kurus sebelum kahwin!

Bukti beliau menurunkan berat badan sedikit demi sedikit tanpa rasa lapar dan tertekan. Amalkan gaya hidup sihat dalam program penurunan berat badan anda dan cari JURULATIH!

Bulan September 2012

Sudah semakin ceria dan bertambah hensem!  Ini terbukti. Saya mempunyai ramai pelanggan yang berubah rupa. Perubahan mereka nampak ketara adalah disebabkan mereka telah berjaya membuang lemak berlebihan dalam badan dan gaya hidup yang baru akan memberi impak yang besar untuk keseluruhan badan mereka.


Alhamdulillahn syukur. Kami sekeluarga sihat. Kakak saya juga berjaya menaikan berat badan. Sebelum ini mempunyai masalah gastrik yang teruk. Sekarang, masalah tersebut telah hilang dan bonus, berjaya menaikkan 5kg otot. 

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Muhammad Al-Fatih. Penyeri untuk kami sekeluarga. 

Teruskan gaya hidup sihat, dan memberi inspirasi kepada orang lain








Alhamdulillah dengan usaha dan panduan yang diberikan oleh jurulatih, abang ipar saya berjaya menurunkan 50KG lemak! Ibarat macam membuang seorang yang beratnya 50kg. Rasa lebih bertenaga, ringan dan boleh bergiat aktif.

Adakah anda ingin jurulatih?

Saya sedia membantu anda. Tiada masalah walaupun jauh. Ikut sahaja panduan yang akan saya berikan. Jangan bertangguh. Lakukan keputusan segera.


Boleh Hubungi Saya Melalui Telefon atau Whatsapp 0137731660 (Coach Ain) untuk tindakan selanjutnya atau boleh isi Form dibawah

DAFTAR SINI


Thursday 12 September 2013

Mini Weight Loss Challenge UiTM Shah Alam SEASON 4

bismillah...

" " bermulanya mini wlc di UiTM Shah Alam adalah disebabkan 1 idea. which is I love to exercise. but then, tak de kawan yang nak teman. +_+ boring! so, try to make it happen..then boleh lah ain ajak semua peserta dibawah jagaan ain utk sama2 bersenam.. wink!! +_+ bernas! " "

ain pun ajak kawan2 distributor Herbalife yang lain. Season 1 & 2 ain yang handle, dibantu kawan2. Season 3 org lain pula handle, Osman esa.


majlis penutup season 1
majlis penutup season 2 :)
 maka misi diteruskan
SEASON 4 ! KEMBALI
let picture speak for me :)

mereka 'coach' yang terlibat untuk menjayakan wlc season 4 ini. total ada 13 orang coach. yang berlainan background dan testimoni. gain weight ada, lose weight ada, pregnancy pun ada. complete! +_+
sesi pendaftaran berlangsung. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. coach semuanya 13 orang. kami sudah imagine yg if seorang coach bawak seorang peserta, total nya akan melibatkan 26 org. (13+13). TAPI apa yang terjadi, coach semua bawak lebih seorang peserta! syukur
'coach' berkongsi testimoni mereka. yeh!!! powered by Herbalife. TQ Allah
sehari sebelum, sibuk cari peserta. tapi gambar ni, petang sebelum pertandingan bermula. dan mereka di dalam gambar juga hadir pada malam hari.. excited! +_+


diyana ajak kawan sekelas. yes! kawan2 org paling dekat dgn kita di universiti. mereka juga perlu sihat
**kulit saya memang bertambah kegelapan setelah balik dari Pulau Redang.. huhu.. ME and MY SUPER DUPER CUTE BUSINESS PARTNER..miza. yang juga merupakan pemenang WLC season 1! now, she is a coach! duplikasi berlaku... +_+
bawah ni diantara peserta!! 
PLEASE DO NOT COPY 
mereka hanya peserta/pengguna produk.tiada kebenaran untuk kegunaan lain




season 4!!!! +_+ mulut ternganga...yeh
objektif pertandingan,,kami hanya nak student uitm khususnya mengamalkan gaya hidup sihat itu sahaja. 
bonusnya mereka dapat berat ideal yang mereka impikan.
kami amat menitik beratkan soal HASIL!

kepada semua peserta.. dengar dan ikut cakap coach anda
mohon panduan dari mereka. tiada sebarang strict diet or pengambilan ubat ubatan yang tidak tahu kesannya. senang je...jangan pandai2 sendiri! ok?? 
sayang korang semua... 

mereka start makan product :) Alhamdulillah. mula dgn Healthy Breakfast Program :) dan mereka decide nak pegi STS! ahad ini....

peserta WLC. semalam ain ade share pasal event ni kan? so, jom belajar pasal produk dgn org yang berpengalaman.
live testimoni lagi...wah!!!
get ticket from me :)

jom tengok babak menarik! dari abang long ridhwan.
anak dr kamarul dan kak aisyah!
baby herbalife <3



 **continueee next entry :)



ALLOW ME TO BE YOUR COACH
turun berat badan secara sihat dengan nutrisi
0137731660
+_+




Friday 23 August 2013

TURUN BERAT BADAN DAN MENANG CASH!!!

bismillah

weight loss challenge kembali!!!! yehhhh....

setelah berminggu berhari raya..berapa KG dah naik ni???? +_+  hehe... *tepuk dada tanya diri! oh no...

but, its ok kawan-kawan! JOM reschedule balik jadual pemakanan kita.. tapi!! nak tahu rahsia turun berat dengan cepat????


senang je!!


sertai weight loss challenge kami fuyooo..


cara nya senang sahaja... yuran yang perlu anda bayar RM100. untuk 4 minggu pertandingan.. RM100 tu sangat lah berbaloi!!! 


apa yang anda akan dapat dari yuran penyertaan?

1. khidmat nasihat jurulatih (saya lah tu) :)
2. 5 kali hidangan aloe concentrate + tea mix +shake (special recipe!!! wow shake)
3. hadiah mingguan ! *seronoknyaaa 
4. taklimat kesihatan *seperti jadual dibawah
5. Grand prize ! RM 1000 !

ada orang, mereka gemar prejudge kebolehan mereka! awal2 lagi dh kata.. "alaaa...mesti org lain menang...sebab diorg lagi besar dari aku. so, peluang diorg untuk menang lagi tinggi""

siapa kata?????!!!!


saya pernah anjurkan WLC di UiTM. sesi kedua dimenangi oleh Najah. yang beratnye bawah 50kg. tapi disebabkan percentage % kg lost  die lg tinggi daripada orang yang lebih berat, maka dia pun menang!

so! anda berpeluang untuk menang! 

YES! ANDA YANG SEDANG BACA ENTRY NI!!! :)



WLC season 1...saya yang mengendalikan event ini. Alhamdulillah dapat coachee yang sangat disiplin! maka, dia MENANG no 1 cash reward RM300 + 1 FORMULA SHAKE! 
*allow me to be your coach!!! :) wink 

WLC season 2....saya juga mengendalikan event ini dan ada juga coach2 yg sudi membantu. Alhamdulillah event berjaya! coachee saya menang juga! 
*allow me to be your coach!!! :) wink 

inilah coachee saya!
menang botol. lost 2kg 2minggu


WLC sebelum ini. di Shah Alam Wellness Centre

WLC sebelum ini. di Shah Alam Wellness Centre
*barisan pemenang! tengok! pemenang tidak mengira usia! HJ RAZAK...umur dah 50sss okay! kalah anak muda. oh malu! so, now. cepat contactsaya kat bawah tu..untuk penyertaan



berikut merupakan jadual WLC yang bakal berlangsung
minggu pertama adalah pada 3 September 2013!!!!
** saya lah yang akan beri taklimat **
wink


ehem ehem.
DUTA HERBALIFE


HUBUNGI SAYA DI facebook
ATAU 0137731660
lets join us 


Wednesday 17 July 2013

ramadhan al-mubarak

bismillah....

Ramadhan yang ke 9 pada hari ini. Subhanallah..Maha suci Allah..esok, genab lah 10 hari yang pertama kita berpuasa.


terlintas di fikiran...

ketika REJAB dan SYAABAN menjelma, kita sering berdoa agar "sampaikan lah kami ke bulan yang amat mulia iaitu ramadhan, dan berkatilah ramadhan kami"
subhanallah

hari ini, jom kita sama2...mengimbas kembali

APAKAH MATLAMAT RAMADHAN KITA PADA TAHUN INI

kerana..
masih belum terlambat untuk kita "refresh" matlamat ini..adakah selepas habis sahaja ramadhan pada tahun ini, kita akan jadi muslim/muslimah yang lebih baik, atau yang lebih teruk??

jom audit diri

jom hindari maksiat

jom lakukan amalan ibadah

jom siap sediakan diri untuk menemui Illahi

subhanallah..

Sunday 3 March 2013

bismillah

ya Allah, permudahkan urusan kami semua. kalau nak cakap pasal EOM ni, boleh buat kita nangis pun ada tau! serious. kurg dari 24 jam, insyaAllah.. moga Allah izinkan, semua ni, kuasa Allah. I BELIEVE IN YOU