TESTIMONIAL

FIND ME ON INSTAGRAM! -

Tuesday 10 November 2015

[Tawan BUKIT TABUR EAST Deepavali]

Selamat Menyambut Hari Perayaan Deepavali !

Pengisian percutian sehari ini, kami berhajat untuk mendaki Bukit Tabur East. Macam biasa, memang suka buat perancangan dalam masa yang singkat. ^_^ Tapi tak lah sesingkat macam pendakian hari Sabtu yang lalu 7 November 2015. Nak tahu sesingkat mana? 


7 NOV 2015


1030 mlm Cadangan diutarakan

1045 mlm Keputusan telah dibuat
1100 mlm Persiapan
1100 mlm BERTOLAK!

Perancangan paling singkat pernah buat sepanjang sejarah pendakian ! Pengalaman pertama mendaki Bukit Tabur East. Disebabkan persiapan yang sangatlah tidak teratur, tak terfikir pun nak bawak sweater, sleeping bag + ground ! Maka, terpaksa lah tahan diri dari kesejukan yang melampau!!


Pendakian mengambil masa 1 jam 45 minit. Berhenti rehat 2x. Tapi sekejap shj. Alhamdulillah semuanya selamat. Sampai di puncak, memang seronok! sebab tiada orang lain yang turut mendaki.


Cuaca sangat indah! Bintang bertaburan. Waktu pagi, kabus tebal.


Waktu daki, ada juga terfikir, nak turun nanti macam mana? sebab waktu naik, dah lah gelap. Tak nampak sekeliling, hanya fokus pada pendakian. Fokus pada tali. 


Waktu turun!!!!!!!!!!!! Apa terjadi?

CUAK!

Sangat Takut dan Gementar!


10 NOV 2015

Perancangan sedikit teratur. Barang2 kelengkapan sedikit lengkap ^_^

-Headlamp

-Water bag 15liter
-Sleeping Bag
-Glove
-Makanan & air mencukupi

Pendakian, lancar! Alhamdulillah catatan masa makin cepat. Tiada kesukaran. Lebih yakin, Alhamdulillah 

Tahap kecuraman. 
Sila berhati-hati ketika melangkah. 
Untuk memudahkan pendakian dan penurunan, pakai glove dan kasut yang sesuai 
(tapak yang tidak haus. untuk mengelak licin)



Happy Raudhahrian




Muka bosan menunggu giliran mengambil gambar.
Tiba Public Holiday, jangan ingat jalan je jem. Bukit pun boleh Jem tau!


Kawasan puncak. Kawasan tidur.



Sebelum bertolak, Ain sempat dinner di Kelab Nutrisi Raudhah,
Mengikut turutan Aloe, Tea, Shake

Nutrisi lengkap


JOM KURUS SEBELUM TAHUN BARU 2016!
NEW YEAR
NEW YOU