TESTIMONIAL

FIND ME ON INSTAGRAM! -

Wednesday 25 May 2011

Herbalife Shah Alam : Kesan Produk

[Herbalife Shah Alam : Kesan Produk ]

Mengimbas kembali

10 Mei 2010
Selamat hari ibu

SAYA : Ibu, cuba minum shake Herbalife ni (dalam hati hanya Allah je yang tau.. sebab takut kene marah)

Ibu : Herbalife ni berapa harga? (erm, dah agak dah)

SAYA : Adalah… ni ain hadiahkan 2 botol shake Herbalife. Sempena hari ibu. SELAMAT HARI IBU =)

Inilah permulaannya. Saya hadiahkan shake Herbalife untuk ibu. Dengan harapan yang sangat tinggi. Iaitu ingin melihat ibu lebih sihat dan bertenaga. Saya selalu dengar ibu mengadu kesakitan, lenguh2 badan dan sakit kat punggung kerana menanggung berat badan yang berlebihan.

Setiap hari, rutin ibu dimulakan dengan memandikan nenek (**kini sudah arwah 15 November 2014), menukar lampin, cadar dan menguruskan segala keperluan nenek. Nenek tidak berdaya untuk melakukannya sendiri. Kaki nenek telah dipotong 7 tahun yang lalu kerana penyakit kencing manis. Cuba bayangkan,,, setiap hari ibu perlu memandikan nenek, mengangkat nenek dari katil menuju ke tandas. Saya pun pernah angkat nenek. Berat!. Macam manalah sakit kat pinggang ibu tak bertambah teruk.

Jadi, saya sebagai anak, apa yang boleh saya lakukan?????

Bagaimana saya bermula dengan Herbalife?

KISAH SAYA

Selama 3 minggu pertama saya menggunakan Herbalife, saya rahsiakan daripada keluarga. Takut keluarga marah. Tapi, saya tekad! Saya nak bagi keluarga saya mengamalkan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup sihat. Saya perlu kuat untuk ibu. Sebab ibu pun perlu kuat untuk menjaga nenek. Ia itu PASTI.

Alhamdulillah..

30 Mei 2010

Ibu : Ikut ibu pegi hospital.

SAYA : Untuk apa ibu?

Ibu : Hari ni temu janji dengan doktor. Ibu nak tengok, sakit ibu ni hilang ke tak lepas makan Herbalife.

SAYA : In shaa Allah..

Sewaktu menunggu ibu, saya terfikir2, ape ya sakit yang ibu maksudkan. Saya lupa. Kalau sakit pinggang, tak kan sampai ada temu janji. Erm, ape ek?

Beberapa minit kemudian.. Saya menunggu ibu di dalam kereta bersama ayah. Dari jauh saya sudah nampak ibu tersenyum. Kenapa ni? Saat ibu masuk dalam kereta, perkataan pertama yang saya dengar adalah TERIMA KASIH. Kenapa? Saya masih blur. Selepas itu, inilah yang saya dengar :

Ibu : Doktor dah sahkan ketulan kat payudara ibu dah hilang. Doktor pun hairan. Tapi dia tanya ibu ada makan apa2 tak? Ibu cakap ada. Ibu minum Herbalife dan ibu pun dah turun lebih 4 kg.

(PENOLAKAN TUNTUTAN : HASIL PRODUK TIDAK TIPIKAL. SETIAP INDIVIDU BERBEZA-BEZA)

Doktor : owh Herbalife. Bagus lah! Suami saya pun guna. Saya tahu Herbalife bagus. Jadi sekarang, saya tak jadilah ambil sel-sel dari payudara puan untuk diperiksa. Kalau tak, sakit sikit puan.

Ibu : syukurlah….=)

ALLAHU AKHBAR

Kawan-kawan.. inilah cerita yang ingin saya kongsi. saya tak tahu hasilnya apa. Jadi, saya cuba mengubah tabiat pemakanan keluarga saya. Ungkapan terima kasih yang telah diucapkan oleh ibu telah membuatkan hatiku lega, gembira, terharu dan macam2 perasaan yang saya alami ketika itu dan saya tekad untuk membantu orang lain di luar sana. TEKAD! 

Satu lagi, cuba kalian tengok tarikh pertama yang saya taip.

Kemudian tengok pula tarikh kedua.

10 mei 2010

30 mei 2010

Apa yang anda faham? Cuba kira berapa hari jaraknya?

20 HARI. Hanya 20 hari ibu mengamalkan Herbalife. Ibu tukar tabiat pemakanan yang aku rasa sangat teruk. Sebab dahulu ibu boleh minum lebih 4 bungkus Nescafe 3 in 1 dalam sehari dan makan nasi dalam pinggan ibu sangatlah penuh 3 kali sehari. Fuh! Hanya 20 hari. Alhamdulillah sekali lagi ku panjatkan kesyukuran.

“TAK CUBA TAK TAHU HASILNYA”


Betul tak ayat ni kawan2? Betul kan? Saya pun tak tahu. Kita hanya mencuba. Allah yang menentukannya. Jadi, cubalah. Tukar sarapan pagi kita, daripada makanan yang tinggi karbohidrat kepada cellular nutrition Herbalife =)

Sekiranya diantara anda ada yang takut ingin beritahu bahawa anda ingin menggunakan HERBALIFE, it’s no problem. Sebab saya juga dahulu sama seperti anda. Nak percayakan keluarga juga kadang-kadang, bukan perkara yang mudah,. Tapi, anda perlu berusaha. Berdoa dan yakinlah.

Ini gambar ibu sebelum menggunakan Herbalife.




Setelah berjaya menukarkan gaya hidup dan pemakanan untuk seharian, ibu saya berjaya menurunkan 13 kg lemak dalam masa 4 bulan. Hasil yang sangat cepat untuk seorang ibu yang berumur 53 tahun. 
 
Lihatlah keceriaan di wajah ibu. Ibu di puncak bukit broga bersama seorang nenek yang berusia 83 tahun =)
Kami sekeluarga menaiki Bukit Broga
Sempena Hari Raya Aidilfitri 2010



i  l o v e  y o u 

Tuesday 17 May 2011

mencegah lebih baik dari merawat

Apabila anda sakit, anda akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat. Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula.  Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang.

Anda telah mendengarnya sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya. Pencegahan lebih baik dari pengubatan
Namun anda mungkin tidak memberi perhatian kepadanya. Walau bagaimana pun sekiranya anda melihat dengan lebih dekat saranan doktor, ia akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal. Cuba renungkan. Renungkan bahawa makna sebenar pencegahan adalah menahan sesuatu dari berlaku.

Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik untuk menyedari bahawa tubuh anda memerlukan penjagaan. Perkara kedua ialah mendapatkan maklumat. Adalah sukar untuk menjaga tubuh anda sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana anda boleh melawan musuh sekiranya anda tidak memahami kenapa dan bagaimana ia bertindak?

Tahukah anda bahawa setiap dari kita dibekalkan dengan sistem pertahanan yang mampu melindungi diri kita dari sebarang penyakit? Sistem yang kompleks ini dianugerahkan kepada kita oleh yang Maha Pencipta dan dikenali sebagai sistem imun tubuh. Sistem imun tubuh bekerja pada setiap saat tanpa henti bagi 
melindungi diri kita dari serangan berbagai mikro organisma yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit. Serangan tersebut bukan hanya datang dari luar malah dari dalam tubuh kita sendiri. Setiap hari kita berdepan dengan serangan mikro organisma yang terdiri dari berjuta jenis bakteria, beratus ribu jenis kulat, 130 lebih parasit dan lebih dari dua ribu jenis virus. Selain dari itu terdapat lebih dari dua ratus jenis sel kanser dan setiap dari kita terdedah kepada serangannya. 

Justeru dalam setiap saat kehidupan kita, yang memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun. Jangkitan berulang atau jangkitan kronik, walaupun hanya demam selsema merupakan tanda sistem imun sudah mulai lemah. Adakah anda juga tahu bahawa sistem imun kita menjadi semakin lemah apabila usia kita semakin meningkat? 

Faktor yang melemahkan sistem imun termasuklah tidak cukup rehat, stres, makanan berproses, pertanian moden (makanan hilang khasiat), bahan kimia dalam persekitaran (racun perosak, racun rumput).Menguatkan sistem imun merupakan langkah penting untuk membina pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan kemungkinan mendapat demam, selsema, kencing manis atau kanser dll.

Menguatkan sistem imun merupakan pelaburan terbaik untuk kehidupan yang lebih panjang dan kesihatan sepanjang hayat. Ramai yang percaya bahawa makanan seimbang boleh membantu kita mengekalkan kesihatan. Apa yang sebenarnya anda faham mengenai makanan seimbang? Renungkan fakta berikut:

  • Di abad ini terdapat lebih 75,000 bahan kimia sintetik dalam persekitaran, yang tidak pernah wujud sebelum 1940.
  • Buah-buahan biasanya dipetik ketika belum masak, ini membuatkan nutrien yang tak ternilai belum sempat terhasil. Selepas dipetik, proses tersebut terhenti.
  • Sayur-sayuran dicemari racun makhluk perosak. Perlu dibersih berulang kali untuk membuang racun dan proses ini membuatkan nutrien hilang.
  • Antibiotik dan hormon pertumbuhan digunakan dalam penghasilan daging, ayam dan hasil tenusu.
  • Makanan diproses dengan menggunakan pewarna tiruan, perisa tiruan dan bahan pengawet.
  • Udara dan sumber air juga turut tercemar.
Adakah anda masih percaya yang anda boleh mendapatkan makanan seimbang?

Tuesday 10 May 2011

EXTRAVAGANZA 2011

HARI KETIGA (6Mei)
kami melawat galeri barang kemas, mestilah x de pape yang aku beli. tunggu income cecah 5 angkalah baru bleh beli..ee gile kedekut.padahal x delah mahal mana.sebab kat sana harganya bagi aku murah.sebab kat situ lah pembuatan barang kemas itu berlaku.harga paling murah adelah dalam 2000 baht (RM200). bentuknya cantik. x pe nnt aku datang Bangkok lagi, aku beli.haha

masa yang ditunggu2. registration for the big event. wah, i'm so excited.wahhhhhhhhhhhhhhh!!!

rasenye kalo bleh kuar kan suara, nak jerit kuat2. sangat teruja sebab event nih dihadiri oleh 23 RIBU orang. wah! bukan 23, atau 230, atau 2300, ulang sekali lagi,,23 ribu orang. dengan niat yang sama iaitu untuk B E L A J A R..!

semuanya dari pelbagai latar belakang, berbeza agama, berbeza hasil product, berbeza warna kulit, banyak perbezaan. tapi mereka semua tak kedekut ilmu. jumpe mereka, untuk tukar2 shake, tukar2 button, tukar2 product story. fuh! best...ada yang terpaksa menggunakan body language sebab x faham bahasa inggeris. tapi no problem.kita faham...




saya tekun belajar. dengar melalui radio. "tu la. x qualified world team lagi.padan muke duk luar"


have you?

messi minum herbalife untuk sport performance.  so, herbalife bukan untuk kurus je tau!

proud! combination of 3 countries


HARI KEEMPAT-LIMA

GENERAL TRAINING

syukur, seronok sangat menjadi salah seorang keluarga Herbalife. 2 hari yg sangat padat. sampai curi2 masa nak gi toilet, makan dan solat. rase macam rugi if x dengar setiap patah perkataan yg keluar dari mulut speaker. tapi kejap2 tu ada gak la rehatkan diri. mejoriti dari 23 ribu tu adalah dari Korea dan Taiwan. Malaysia pun ramai.tapi x sehebat 2 negara tu.

see! Amazing =)
''We're going to change the nutritional habits of the world one person at a time...and by the time....and by the way, we're going to get rich doing it.''
 MARK HUGHES
herbalife's founder

so, next..answer this questions

1. What is your next goal? Which pin?
World team member

2. When you achieve it?
within 4 months. 2500vp in 4months.

3. Next big event?
HERBALIFE UNIVERSITY AT KOREA, September

semoga Allah permudahkan jalan kejayaanku.

GET STARTED

HARI PERTAMA (4 Mei)


flight awal pagi. sampai je kat sana terus terasa bahangnya negara tu. kemudian check in dah nak tgh hari di Bangkok Palace Hotel. tapi kemudiannya terasa sejuk balik sebab dapat makan. haha ade kene mengena ke?? makanan kat sana mmg sedap! simple je. tom yam lah paling sedap. hari pertama x pegi mana2 sangat. sebab masing2 kepenatan..






bekalan air. tapi x cukup. beli byk kali
syoknya makanan ! ni untuk sarapan
our team
musa, kawan baru



HARI KEDUA (5Mei)
bangun!!!! kejut yin. =) pegi sarapan. kemudian pegi lawat kilang pembuatan gula merah. selepas tu gi Floating Market. erm naik bot untuk sampai ke tempat itu. mula2 rasa pelik. sebab macam mane ek nak jual beli dalam keadaan macam tuh. tapi mugkin ni dah jadi kebiasaan mereka. macam2 ade. pelbagai makanan, buah-buahan, pakaian dan cenderahati ade dijual. kemudian kami pergi Herbalife Office. syoknya! kat sana aku beli product yang tidak jual di Malaysia. CELL-U-LOSS dan FIBERBOND. dalam bentuk pil. aku beli untuk ayah, ibu dan abang fakhrulrazi (bakal abang ipar) hehe. kemudian kami berjalan kaki menuju ke kedai yang menjual barangan kulit. semula jadi dari pelbagai jenis binatang. erm, aku tak beli pape pun. just cuci-cuci mata. masa yang ditunggu2..................shopping di MBK MALL. baru je jejak kaki terus cakap, "yin, murah gile!" tapi dalam hati cakap, tak yah beli, tak yah beli,tak yah beli..sebab duit tinggal sikit je. sampai je kat shopping mall tu, kami cari surau. dimanakah? confirm x de! akhirnya kami buat keputusan untuk solat di tangga kecemasan. bersembahyanglah kami. TAPI, betul2 je dah nak abis solat, aku ternmpak guard mall tgh intai kat celah pintu. aku terus cakap cepat2 siap. 1,2,3..pintu terbuka. dalam hati dup dap dup dap. mak ai...ENAM ORANG PENGAWAL depan mata. sumpah sangat takut.tapi kami katakan " we just pray" dengan muka simpati. Ya Allah hanya padamu kami berserah. alhamdulillah x de pape. mereka nak check je. takut kami buat bende x elok.kami x perasan kat atas sign board kecemasan tu ada CCTV.haha =))

mule2 cakap x nak beli, tapi akhirnya beli juga. aku beli rantai untuk 2 orang kakak, tshirt untuk adik. dah tu je!

 floating market

product
 
shopping at MKB MALL
 me and yinn with tut-tut

at herbalife office

order!

new boyfriend



bersambung

Monday 2 May 2011

EXTRAVAGANZA 2010

mengimbas kembali kenangan lalu. banyak kali aku terfikir. sekiranya aku tak join Herbalife, aku rasa aku tak akan dapat jejak kaki ke negara orang dalam masa terdekat ini. mungkin sebab kekangan kewangan dan juga tiada keperluan untuk pergi ke sana.

Alhamdulillah, syukur pada Mu.

Mei 2010
pertama kali melawat negara orang. walaupun negara jiran tetapi telah membuatkan ku menitiskan air mata. tanpa keluarga dan dengan perbelanjaan sendiri, aku berjaya berada di SINGAPORE. tapi, ketika itu, aku pergi bersama keluarga baru. with Herbalife's family.

menaiki bas dengan satu TEKAD. iaitu ingin menimba ilmu. mataku meliar melihat negara yang membangun itu. wah....hebatnya. ketika acara herbalife berlangsung, aku berasa sangat teruja. event yang menempatkan lebih 18 RIBU MANUSIA. wah, acara apakah ini??? dekat sana, langsung tidak kelihatan orang-orang yang membuat bising ketika majlis berlangsung. semuanya menumpukan perhatian. hanya sedikit yang mengisi waktu rehat dengan menghisap rokok.! dan kereta kecemasan pun langsung tidak bergerak kerana semuanya sihat, bertenaga dan kuat sehingga majlis habis..Allahu akhbar.EXTRAVAGANZA 2010 telah membuka mataku. "ini adalah company yang hebat" ..

tetapi, aku tidak membuat keputusan tanpa berfikir. pertama kali mencuba product ni, aku sudah merasa kelainan. dan setiap hari aku berdoa padaNya. meminta panduan. adakah ini yang terbaik buatku? Alhamdulillah..aku termui jawapannya.

EXTRAVAGANZA 2010
aku pergi seorang diri. tiada downline. tak mengapa. aku belajar untuk diri sendiri. balik sahaja dari Singapore, aku buat keputusan untuk menjadi SUPERVISOR..erm, apa tu? aku pun dahulu..x tahu apa itu. tapi yang aku tahu adalah kelebihannya. aku cabar diri aku untuk menjadi seorang supervisor. dan genap bulan mei, aku berjaya mendapatkannya. selepas ini aku menanti keluargaku, kawan2ku, dan kenalanku..untuk mereka mengikut jejak langkahku.

Herbalife office

student UiTM Segamat, luv u all


keluarga baru saya

inilah suasana EXTRAVAGANZA 2010
inilah ceritanya..dan esok 4 MEI hingga 9 MEI 2011, aku akan berangkat ke BANGKOK. untuk menghadiri EVTRAVAGANZA 2011. bersama seorang downline. erm x mengapa. mungkin selepas ini, ramai yang nak melancong bersama ku..insyaAllah..Allah, temanilah kami. periharalah kami. selamatkan perjalanan kami.

Sunday 1 May 2011

Pertama

Detik-detik yang dialami amat bermakna buat diriku. Rasa macam sekejap sahaja usiaku memasuki alam 20an. Hari ini, aku ingin mencoret warna-warni kehidupanku dalam blog yang baru. Mungkin lebih baik dari yang dahulu kerana kali ini aku punya impian dan matlamat hidup yang lebih jelas dan ingin dikongsi buat anda semua. Marilah bersama kita menuju kejayaan! Bukan angan-angan. Tapi KENYATAAN.
insyaAllah.
Hanya padamu ku berserah.
Dan ku panjatkan kesyukuran kepadamu. Kerna nikmat yang engkau telah berikan. Semoga perjalanan hidupku lebih bererti dan bantulah aku Ya Allah. Untuk aku bantu orang lain pula. Sungguh ku harapkan.. permudahkanlah urusanku..