TESTIMONIAL

FIND ME ON INSTAGRAM! -

Sunday 6 September 2015

ADAKAH SENAMAN PUSH UP MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN?


Push Up adalah merupakan satu senaman yang bagus, sama ada anda bersenam untuk kecergasan, ketahanan, membina otot mahupun untuk penurunan berat badan.

Body Weight Exercise adalah untuk membina otot, membakar kalori dan meningkatkan daya tahan anda, senaman push up  tidak terkecuali.

JAWAPANNYA : Ya, senaman push up membantu dalam proses penurunan berat badan.

TETAPI jika anda hanya melakukan senaman push up dalam rutin anda, anda tidak akan berjaya mencapai hasil yang anda hajati.

Makan makanan yang seimbang dan melakukan aktiviti kardio dalam rutin anda boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih berkesan.

Push up fokus kepada otot dibahagian dada, bahu, tricep sambil membina kekuatan dan daya tahan tubuh dibahagian atas badan(upper body). Ia bergantung kepada kedudukan tangan dan kaki anda. Ketika anda menjalankan aktiviti push up, anda telah mengangkat kira-kira 70 peratus daripada berat badan anda. Ia menunjukkan aktiviti push up merupakan rutin pembakar kalori yang baik.

Push up membantu membina tisu otot yang baru disamping meningkatkan daya tahan otot anda. Tisu otot membakar lebih banyak kalori berbanding tisu lemak. Jadi ia bermakna jika anda mempunyai jisim otot yang lebih, ia menunjukkan tahap metabolism anda lebih baik. Peningkatan daya tahan otot akan membantu anda melakukan senaman lebih lama dan tidak menjadi penat semasa aktiviti fizikal.

Beginner

Pastikan tangan anda lurus dan muka anda menghadap hadapan.
Jangan lupa untuk bernafas seperti biasa.

Advance


Penggunaan alatan tambahan membantu untuk melakukan rutin ini dengan lebih 'advance'.
Lakukan ulangan untuk setiap rutin.

Tips kurus :::::

Jadikan senaman anda hanya 20 % daripada usaha anda
Selebihnya 80 % adalah daripada pemakanan anda

Dapatkan pelan makanan secara percuma dari saya.
Secara online ataupun offline.

Meal plan coaching for free!
0137731660 
COACH AIN

No comments: