TESTIMONIAL

FIND ME ON INSTAGRAM! -

Saturday 25 June 2011

sarapan oh sarapan

bismillah


ketika di sekolah menengah, "ain selalu bangun awal sebab nak siap2 kemudian kene pegi sarapan kat dewan makan (asrama). walaupun makanannya agak kurang enak, tapi dah perkara wajib bagi ain untuk bersarapan. jadi, telan je lah.."


ketika di universiti, "menjadi masalah besar bagi ain. sebab apa?? sebab kene sediakan sarapan sendiri.haha. so, habislah duit sebab kene cari makanan pagi2 kat dewan makan. tak pun bancuh lah air 3 in 1 makan dengan biskut atau roti"


jika di rumah, "yang ni lagi payah, ape nak makan ni?? bukak tudung saji, makan ape yg ada. kalau tak de, cari roti. kalau bosan bende yang sama, pesan kat ayah suruh belikan roti canai. kalau makan tu bukan sekeping!! tapi dua setengah keping..haha macam tak percaya je! dahsyat....."


sarapan pagi amat penting untuk memulakan aktiviti kita seharian. kerana badan kita memerlukan tenaga untuk melakukan tugasan. tak de lah nanti nampak tak bermaya. jadi, ada tiga jenis kategori yang boleh disimpulkan dalam cara pengambilan sarapan pagi.

PERTAMA
"ish, nak sarapan ape ek pagi ni?" - bosan dengan makanan yang sama

KEDUA
"wah,,banyak nye makanan.." - malaysia kan kaya dengan makanan!

KETIGA
"malas lah nak sarapan, makan tengah hari terus je lah" - yg ini lagi bahaya

jadi anda golongan yang mana satu? 


bagi ibu-ibu pula, mereka lagi lah pening kepala nak sediakan sarapan pagi. sebab kene bangun awal sikit dari anak-anak untuk sediakan menu yang berat. contoh, nasi lemak, kuih-muih.






ini gambaran masakan ibu-ibu dipagi hari.............erm, ok sekarang, nak tanya...anda tau tak berapa kalori pengambilan yang anda makan untuk sarapan pagi ? hanya sarapan pagi..?? kebanyakan mereka diluar sana mengambil makanan yang sangat tinggi kalori di waktu pagi, kemudian tengah hari dan juga malam. sekiranya anda tahu, mungkin anda akan berhati-hati dengan pengambilan makanan anda. betul kan?kan?


kat bawah ni, contoh2 kalori....(anggaran-mengikut saiz hidangan)




besar betul gambar ni kan? sebab saya nak anda tahu betapa pentingnya anda perlu mengetahui pengambilan kalori yang anda ambil. terutama ketika sarapan pagi......


sepatutnya, kita makan mengikut kadar pembakaran lemak. setiap badan manusia mempunyai kadar pembakaran lemak yang berbeza. berbeza juga mengikut jantina dan usia. selalunya purata adalah dalam 900-1500 kalori (perempuan) dan 1000-2000 kalori (lelaki). jadi, bagaimana dengan kalori yang berlebihan? haaaaa.......jadilah lemak yang tertinggal dalam badan...


mulakan pagi anda dengan sarapan pagi yang rendah kalori dan amalkan gaya hidup sihat


sedikit perkongsian..


Kami sekeluarga mengamalkan nutrisi untuk sarapan pagi dan makan malam. hanya 90-180 kalori SAHAJA!!!!! rendah kan? wah..tapi yang paling penting adalah HERBALIFE is cellular nutrition. bagus untuk sel-sel dalam badan kita. penuh dengan nutrisi, amino asid dan semuanya sangat diperlukan..dan yang paling best, shake herbalife SEDAP!!! dan MUDAH disediakan..ambil masa kurang 5 minit je!! =)


jadi setiap pagi, sebelum pegi kelas, ain akan goncang2 shake. sambil belek2 buku, boleh minum shake!!!! best.best.


kalau kat rumah pulak, lagi best....bangun pagi je, terus sediakan sarapan pagi untuk seisi keluarga. bemula dengan ALOE, TEA MIX, dan yang terakhir, SHAKE....


SIMPLE AND MAGICAL~


syukur ya Allah..dengan hadirnya Herbalife dalam keluarga kami, banyak perkara yang telah berubah. ibu pulak, tak payah nak pening kepala nak masak apa untuk sarapan..hehe..


WE LOVE HERBALIFE


khas untuk ayah dan juga semua ahli keluarga. terima kasih kerana  bersama-sama bertukar sarapan pagi. yang penting dalam kehidupan adalah KESIHATAN.




THANKS ALLAH

.: herbalife independent distributor :.
.: 0137731660 ain :.

Monday 6 June 2011

minum air secukupnya..ASAS PEMAKANAN

Sebenarnya banyak sumber air yang boleh kita perolehi. Sebagai contoh, air masak, susu, jus buah-buahan, kordial, minuman ringan dan sup. Makanan seperti nasi, roti, mi, buah-buahan, dan sayur-sayuran turut mempunyai sedikit air walaupun tidak cukup untuk memenuhi keperluan cecair kita.

    Air membentuk kira-kira 55-57 peratus daripada berat badan kita dan mempunyai peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi utama badan. Air melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa. Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari.

MINUM AIR


1. bangun sahaja daripada tidur, amalkan minum air (sebelum memberus gigi) kerana enzim-enzim yang yang ada di dalam mulut amat bagus untuk memudahkan penghadaman. Oleh sebab itulah, ada individu yang mudah membuang air besar di waktu pagi . {memang terbukti}

2. Elak minuman berais atau pun air sejuk ketika mengambil hidangan yang berat. Hal ini kerana minuman berais ataupun sejuk ini lebih senang memerangkap kandungan minyak yang berada di dalam badan lalu bertukar menjadi lemak dan kolestrol . {oh, baru tahu!}




3.Mengumpulkan zat2 makanan
Air membantu memindahkan zat-zat makanan melauui aliran darah ke pelbagai bahagian tubuh, mengikut keperluan bahagian badan itu sendri. Juga beberapa zat makanan yg larut dlm air sehingga diserap dgn air . {oh}

4.Mempermudah proses pembuangan
Jika seseorang itu kekurangan air dalam badan, maka akan mudah menjadi sembelit. Sembelit boleh menyebabkan orang sukar membuang air besar kerana najis mengeras. Ia sekali gus menyebabkan anggota tersebut mengalami kesakitan . {yup, betul tu}


5.Bebas dari batu karang
Batu karang terjadi sewaktu sisa badan yg tidak terpakai atau komponen lain yg melalui ginjal atau buah pinggang bergabung dengan bahan buangan lain. Jika kekurangan air dalam tubuh, maka akan terbentuklah batu kecil seperti pasir dan tumbuh sebsar baru. Jika kita banyak minum, batu-batu itu akan keluar di bawa oleh air . {YANG ini memang terbukti..sebab ada satu hari tu, biji cili dan biji tembikai pernah ikut keluar melalui najis} -sorry, just nak share



Sesetengah org menunggu hingga betul-betul dahaga baru mereka minum segelas air sedangkan sebenarnya haus adalah petanda awal daripada dehidrasi kekurangan air dalam badan!

Pesanan untuk customer : minum air secukupnya tau =) kalo boleh, minimum 5 liter air sehari...banyak2 buang air kecil lagi bagus! buangkan lemak dan toksik melalui air kencing . ini akan berlaku kepada mereka yang minum shake Herbalife sahaja! wah,.untungkan..?ha, bagi yang NAK KURUS tapi MALAS NAK BERSENAM, inilah sarapan terbaik anda!



Friday 3 June 2011

WHO juga tajut akan hal ini

Anda refleksi apa yang anda makan


TABIAT makan dan kurang bersenam faktor yang menyebabkan kanak-kanak obes.


KAJIAN Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selama lapan tahun di negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman dan United Kingdom mendapati negara-negara tersebut mencatatkan jumlah penduduk yang obes.
Paling atas dalam senarai ialah American Samoa yang mencatatkan hampir 94 peratus penduduknya termasuk dalam kategori obes.
Ia dikatakan akibat perubahan mendadak pada corak pemakanan mereka.
TABIAT makan dan kurang bersenam faktor yang menyebabkan kanak-kanak obes.


Penduduk di American Samoa dikatakan tidak lagi makan makanan tradisional mereka. Sebaliknya, mereka memilih makanan yang diproses dari Amerika dan Eropah.
Makanan diproses ini lebih murah dan mudah didapati.
Penduduk obes di Republik Kiribati, yang terletak di Lautan Pasifik berada pada tahap hampir 82 peratus jumlah penduduknya. Masalah obes ini juga disebabkan mereka lebih cenderung memilih makanan yang sudah diproses.
Antara makanan yang diklasifikasikan sebagai penyebab kegemukan melampau ialah makanan diproses, makanan segera, minuman keras seperti bir, makanan berlemak dan mengandungi pemanis seperti sirap jagung yang tinggi fruktosa.
Faktor lain ialah penduduk di negara-negara ini semakin tidak aktif dan hilang minat dalam melakukan aktiviti tradisional mereka.
Sebagai contoh, penduduk di New Zealand dan United Kingdom semakin dihantui fenomena gaya hidup tidak aktif dan kurang beriadah.
"Seingat saya, generasi datuk nenek kita halus-halus dan kecil molek orangnya. Susah nak jumpa orang kampung yang berisi atau gemuk dan besar.
"Tapi hari ini kita sudah terlalu biasa dengan makanan segera dan berlemak serta berkolesterol tinggi seperti rendang ayam," kata Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia, (PPIM), Tengku Azwil Tengku Tengku Abdul Razak.
Wang saku

MAKAN secara sederhana dapat membantu mencegah obesiti.


Tengku Azwil bagaimanapun tidak bersetuju makanan tradisional seperti nasi lemak dipersalah dan dianggap penyebab kegemukan sedangkan makanan itu wujud sejak zaman berzaman.
Bagaimanapun pada hari ini nasi lemak menjadi makanan berkolesterol tinggi apabila ditambah dengan lauk sampingan seperti rendang ayam dan rendang daging, sambal udang dan lain-lain.
Tengku Azwil juga berkata, kanak-kanak kini berkemampuan untuk berbelanja lebih kerana ibu bapa menyediakan wang saku yang lebih banyak di sekolah.
Beliau menggesa ibu bapa supaya tidak memberikan anak-anak mereka wang yang terlalu banyak sehinggakan boleh digunakan untuk perkara lain yang tidak berfaedah.
"Saya pernah melihat seorang pelajar membawa wang saku sebanyak RM10 sehari.
Wang lebih akan dikumpul dan digunakan untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan di kafe siber, bermain permainan maya di komputer, tanpa menggunakan tenaga fizikal," kata bapa kepada dua orang anak itu.

MENGHABISKAN masa berjam-jam di kafe siber boleh menjadi faktor penyumbang masalah obes dalam kalangan kanak-kanak.


Tengku Azwil juga menggesa supaya menu makanan di kantin sekolah turut dipantau dan diselaraskan harganya di seluruh negara.
Ibu bapa juga katanya tidak harus berikan anak-anak wang saku yang banyak kerana mereka boleh menyediakan bekalan makanan yang berkualiti dan selamat dari rumah.
Disiplin pemakanan
Disiplin ketika makan dan memilih makanan perlu bermula dari rumah.
"Jauhkan makanan segera yang kurang berkhasiat kerana ia mengandungi bahan perasa, bahan pengawet dan perisa yang tidak asli dan boleh memudaratkan.
"Makanan ringan seperti snek dan makanan manis seperti ais krim, kek serta pencuci mulut juga harus dielak kerana ia boleh menyebabkan diabetes dan gigi sakit," katanya.
Senaman boleh membantu membakar lemak. Melalui aktiviti fizikal yang betul dan melebihkan pengambilan makanan berserat seperti sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan juga baik dapat mengawal berat badan.
Dari segi makanan, mengamalkan makan makanan yang dimasak di rumah kerana ia merupakan pilihan terbaik untuk anak-anak.

HARI BELIA NEGARA 2011!

wah! ramai...... kerajaan telah mensasarkan bahawa Hari Belia Negara 2011 ini akan mengumpulkan sejuta belia dari seluruh negara. jadi, pelbagai aktiviti telah disusun. sampaikan nak print jadual pun sampai berpage - page lah. ha! tu maksudnya tak terkira kan? uish...dahsyat..



tapi aku nak cakap pasal bende nih!


HERBALIFE adalah penaja utama URBAN SKATING yang diadakan pada 27 - 29 May 2011. 

alhamdulillah, saya bersama team herbalife yang lain telah mengambil kesempatan ini untuk berkongsi mengenai kepentingan kesihatan kepada masyarakat di luar sana yang secara majoritinya mempunyai masalah OBESITI....itu terbukti, saya tak tipu. bagi sesiapa yang berkunjung ke Hari Belia, mungkin mereka juga perasan. tapi mungkin ada yang tak hairan pun. sebab bagi diorang itu sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. 

ape masalah kalau aku gemuk pun???

erm, memang lah tak de kene mengena dengan kami pun. tapi kami ingin membantu meringankan beban anda. 

yang pertama, mungkin menjadi beban kepada anda untuk bergerak. kerana berlebihan berat badan. lambat sikit pergerakan anda dan juga terbatas untuk anda menjalani aktiviti2 lasak..betul tak? 

yang kedua, mengurangkan perbelanjaan pemakanan. majoriti individu yang obesiti akan makan secara berlebihan. jadi, kalau dah ambil lebih, lebih lah bayarannya. dulu saya selalu terfikir yang perkara ni perkara biasa. sebab orang badan besar perlu makan banyak sebab nak tenaga. sumpah! dulu saya tak tahu. tapi bila dah tahu, golongan ini lah yang sepatutnya perlu menjaga pemakanan kerana pengambilan kalori yang berlebihan akan menyebabkan lemak dalam badan bertambah banyak..betul tak?

yang ketiga, mengurangkan perbelanjaan kos perubatan. majoriti individu yang obesiti mengalami komplikasi kesihatan. sama ada masalah penyakit, kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. sekiranya anda boleh mencegah, kenapa tidak?? ini semua adalah berpunca daripada anda sendiri. anda yang mencorak pemakanan anda. cuba fikirkan, apakah sarapan yang anda ambil hari ini? makanan tengah hari? makanan malam pula? belum lagi minuman.......nak cari makanan yang sihat bukan perkara yang mudah. saya akui bahawa saya pun makan apa yang anda makan diluar sana. tapi saya tahu apa yang perlu saya lakukan setelah menelan makanan itu semua...betul tak?

itu jelah yang sangat jelas bagi pandangan saya. sebenarnya banyak lagi yang boleh kita huraikan. tapi saya rasa tak perlu. sebab biar anda sendiri yang memikirkan nya. 

mohon maaf, kepada individu yang mungkin terasa dengan apa yang telah saya tulis. tapi saya berharap sangat agar anda fikirkan masa depan anda. ingatlah orang yang tersayang. anda mampu mengubahnya.

gambaran aktiviti
Datuk Dr Ronie Tan



kecik-kecik dah pandai main





with uncle azmi...thanks sebab banyak ajar ain..

abah!

berbicara tentang kesihatan

shake percuma! rugilah kepada yang tak singgah kat booth kami....


ubah pemakanan anda. saya boleh bantu 0137731660