TESTIMONIAL

FIND ME ON INSTAGRAM! -

Monday 29 August 2011

selamat hari raya

bismillah

SALAM 
MERDEKA RAYA 2011
kupanjatkan kesyukuran kerana telah selamat menjalani bulan ramadhan al-mubarak untuk tahun ini. semoga tahun hadapan kita ketemu lagi. doa ku tika ini adalah agar semua amalanku diterima ILLAHI dan semoga amalanku dapat menghapuskan dosa-dosaku yang silam.


tahun ini, merupakan kali pertama kita meraikan HARI RAYA serentak dengan HARI KEMERDEKAAN. kegembiraan sebagai umat islam dan juga sebagai rakyat Malaysia amat terserlah. syukur dengan nikmat ramadhan dan syukur dengan keamanan yang kita rasai ketika ini. rasa selamat mendiami bumi Malaysia ini.


Mungkin ada yang tak ingat tahun keberapa kita merdeka kali ni dan ada yang tak tahu tema untuk tahun ni. Tahun 2011 Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 dengan bertemakan 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.
akhir kata. 
SALAM AIDILFITRI. 
SALAM KEMERDEKAAN. 
SALAM 1 MALAYSIA. 
SALAM 1 HERBALIFE.
hehe :)

Saturday 20 August 2011

NW FORMULA

bismillah




KHAS UNTUK ANDA! Produk terbaru! kini di pasaran Malaysia...


NW FORMULA Produk unggul untuk kesihatan jantung....

fakta mengenai produk ini: (copy&paste)



Mempunyai adunan L-Arginine dan L-Citrulline yang akan membantu menghasilkan Nitrik Oksida dalam badan anda dimana akan memperbaiki kesihatan dan tenaga.

Formula NW akan menyuburkan badan anda pada tahap selular untuk mempengaruhi hampir setiap fungsi organ dalaman badan anda.*

Rasa lemon campuran membantu pengeluaran Nitrik Oksida (NO) pada waktu malam apabila NO tahap terendah dan menyokong tenaga, kesihatan peredaran darah dan vaskular.*




Manfaat Utama

~Meningkatkan aliran darah ke jantung*

~Manjaga tona saluran darah, fleksibel dan muda untuk edaran yang lebih baik*

~Menyokong tekanan darah yang sihat dalam julat yang normal*

~Dibangunkan oleh Pemegang Nobel Laureate dalam Perubatan Dr. Lou Ignarro, Formula NW® boleh membantu badan anda menghasilkan Nitrik Oksida (NO), untuk memperbaiki peredaran darah yang lebih baik, imun dan fungsi sistem saraf.*† L-arginine dan l-citrulline mencetuskan sel untuk menghasilkan dan melakukan kitar semula NO.

Penggunaan
~Dua sudu (dua sudu atau kira-kira 10 gram) dalam 8 oz. air sejuk. Boleh bercampur dengan air yang berkilauan atau jus. Minum pada waktu malam atau sebelum tidur.*

Tahukah Anda?

Pada tahun 1998, bersama-sama dengan dua saintis lain, Dr. Louis Ignarro menerima † Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan untuk penemuan mengenai nitrik oksida sebagai molekul isyarat dalam sistem kardiovaskular.

Harga Jualan Runcit: RM 309.89
Pengunaan selama 30 hari


(credit to herbalife distributor) copy & paste


siapa ada jantung?? angkat tangan.. hehe. if anda tak angkat pun, bukan saya tahu pun..hehe. dah sah2 lah korg semua ada jantung.kalau tak tak kan dapat baca post ni punya. *dah mengarut


ini pengalaman saya sendiri,
saya dah pernah cuba produk ni. sedap! itu mula2 saya cakap. tapi bukan pasal rasa yang ingin saya cerita kan. tapi pasal kelebihan produk ni. saya rasa kelainan apabila bangun dari tidur. lebih bersemangat. lebih bertenaga. saya tahu jantung saya sihat. saya muda lagi. tapi muda2 lah kene jaga jantung. tak kan dah tua or dah sakit baru nak jaga. betul tak?


jadi, nak tahu hasilnya??
1- telefon atau msj saya
2- cuba sendiri


TAK CUBA TAK TAHU HASILNYA
JAGALAH JANTUNG ANDA
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA

majlis berbuka puasa

bismillah
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA HERBALIFE DAN ANAK-ANAK YATIM HULU KLANG
DATE : 15 OGOS 2011
MASA : 6.30 PETANG

alhamdulillah.. tangan yang menghulurkan, dengan niat yang ikhlas. pasti ada sinarnya. terima kasih buat teman2 yang turut hadir dan bersama2 memeriahkan majlis. mereka semua teman saya dari UiTM Segamat. penuh 1 meja ! makanan pun penuh 1 meja. hehe
:)


amalina+ain+syida

kawan baru! + fazi

syida di apit...my next supervisor...(maybe) doaku untukmu

yin ngn ex roomate di segamat





Monday 1 August 2011

SALAM RAMADHAN

bismillah


alhamdulillah, sampai jua kita di bulan yang mulia untuk tahun ini dan insyaAllah semoga bulan ramadhan tahun ini lebih bertambah amal ibadat dan lebih berkualiti disamping menjalankan misi yang sama pada bulan-bulan yang sebelumnya iaitu, NUTRISI untuk semua.


bulan puasa menuntut kita supaya lebih bersederhana dan bersabar tetapi kita tewas apabila berhadapan dengan makanan. "kita asak perut kita dengan pelbagai jenis makanan sehingga hilang nikmat berpuasa". sistem penghadaman sepatutnya 'berehat' buat seketika pula menjadi sesak kerana ramai diantara kita yang makan secara berganda melebihi keperluan tubuh. oleh itu, bulan ramadhan ini wajar kita berfikir sejenak mengenai tabiat pemakanan ketika berpuasa. bukan sahaja untuk mengelak pembaziran, malah untuk menjaga kesihatan.


berbuka puasa jangan ikut nafsu!


alhamdulillah ramadhan yang lalu, saya sekeluarga sudah mengamalkan shake herbalife sebagai sahur dan juga juadah berbuka kami. inilah makanan yang sangat menjimatkan dan juga sangat diperlukan oleh badan kita yang telah lebih 14 jam berpuasa. 


tak lapar ke?


cubalah dulu..kalau tak cuba tak tahu. !


bagi saya, lebih bertenaga dan lebih tumpuan ketika di dalam kelas! pernah juga saya tertinggal 1 hari tidak bersahur dengan shake herbalife, kerana terlajak tidur, memang rasa sangat lain. penat, dan tidak bermaya.


mulakan puasa anda dengan makanan yang sihat, dan berbukalah juga dengan makanan yang sihat =)


amalkan pemakanan yang sihat
elak pembaziran
elak makanan yang berkalori tinggi
ambil peluang bulan ramadhan ini untuk pulih dari penyakit
kekalkan gaya hidup sihat sehingga RAYA nanti
JIMAT + MUDAH + LAZAT

alhamdulillah

Tuesday 5 July 2011

booth

bismillah

JADIKAN IANYA MUDAH!!

pendek je post kali ini, sebab nak gitau, esok-jumaat saya akan bukak booth di UiTM Segamat.. mudah je buat herbalife ni. kepoh-kepoh je kat semua orang. lakukan apa yang kita belajar. usaha tangga kejayaan. InsyaAllah, sesiapa yang berusaha, pasti akan terima ganjaran... =))

jumpe esok!

Saturday 25 June 2011

sarapan oh sarapan

bismillah


ketika di sekolah menengah, "ain selalu bangun awal sebab nak siap2 kemudian kene pegi sarapan kat dewan makan (asrama). walaupun makanannya agak kurang enak, tapi dah perkara wajib bagi ain untuk bersarapan. jadi, telan je lah.."


ketika di universiti, "menjadi masalah besar bagi ain. sebab apa?? sebab kene sediakan sarapan sendiri.haha. so, habislah duit sebab kene cari makanan pagi2 kat dewan makan. tak pun bancuh lah air 3 in 1 makan dengan biskut atau roti"


jika di rumah, "yang ni lagi payah, ape nak makan ni?? bukak tudung saji, makan ape yg ada. kalau tak de, cari roti. kalau bosan bende yang sama, pesan kat ayah suruh belikan roti canai. kalau makan tu bukan sekeping!! tapi dua setengah keping..haha macam tak percaya je! dahsyat....."


sarapan pagi amat penting untuk memulakan aktiviti kita seharian. kerana badan kita memerlukan tenaga untuk melakukan tugasan. tak de lah nanti nampak tak bermaya. jadi, ada tiga jenis kategori yang boleh disimpulkan dalam cara pengambilan sarapan pagi.

PERTAMA
"ish, nak sarapan ape ek pagi ni?" - bosan dengan makanan yang sama

KEDUA
"wah,,banyak nye makanan.." - malaysia kan kaya dengan makanan!

KETIGA
"malas lah nak sarapan, makan tengah hari terus je lah" - yg ini lagi bahaya

jadi anda golongan yang mana satu? 


bagi ibu-ibu pula, mereka lagi lah pening kepala nak sediakan sarapan pagi. sebab kene bangun awal sikit dari anak-anak untuk sediakan menu yang berat. contoh, nasi lemak, kuih-muih.






ini gambaran masakan ibu-ibu dipagi hari.............erm, ok sekarang, nak tanya...anda tau tak berapa kalori pengambilan yang anda makan untuk sarapan pagi ? hanya sarapan pagi..?? kebanyakan mereka diluar sana mengambil makanan yang sangat tinggi kalori di waktu pagi, kemudian tengah hari dan juga malam. sekiranya anda tahu, mungkin anda akan berhati-hati dengan pengambilan makanan anda. betul kan?kan?


kat bawah ni, contoh2 kalori....(anggaran-mengikut saiz hidangan)




besar betul gambar ni kan? sebab saya nak anda tahu betapa pentingnya anda perlu mengetahui pengambilan kalori yang anda ambil. terutama ketika sarapan pagi......


sepatutnya, kita makan mengikut kadar pembakaran lemak. setiap badan manusia mempunyai kadar pembakaran lemak yang berbeza. berbeza juga mengikut jantina dan usia. selalunya purata adalah dalam 900-1500 kalori (perempuan) dan 1000-2000 kalori (lelaki). jadi, bagaimana dengan kalori yang berlebihan? haaaaa.......jadilah lemak yang tertinggal dalam badan...


mulakan pagi anda dengan sarapan pagi yang rendah kalori dan amalkan gaya hidup sihat


sedikit perkongsian..


Kami sekeluarga mengamalkan nutrisi untuk sarapan pagi dan makan malam. hanya 90-180 kalori SAHAJA!!!!! rendah kan? wah..tapi yang paling penting adalah HERBALIFE is cellular nutrition. bagus untuk sel-sel dalam badan kita. penuh dengan nutrisi, amino asid dan semuanya sangat diperlukan..dan yang paling best, shake herbalife SEDAP!!! dan MUDAH disediakan..ambil masa kurang 5 minit je!! =)


jadi setiap pagi, sebelum pegi kelas, ain akan goncang2 shake. sambil belek2 buku, boleh minum shake!!!! best.best.


kalau kat rumah pulak, lagi best....bangun pagi je, terus sediakan sarapan pagi untuk seisi keluarga. bemula dengan ALOE, TEA MIX, dan yang terakhir, SHAKE....


SIMPLE AND MAGICAL~


syukur ya Allah..dengan hadirnya Herbalife dalam keluarga kami, banyak perkara yang telah berubah. ibu pulak, tak payah nak pening kepala nak masak apa untuk sarapan..hehe..


WE LOVE HERBALIFE


khas untuk ayah dan juga semua ahli keluarga. terima kasih kerana  bersama-sama bertukar sarapan pagi. yang penting dalam kehidupan adalah KESIHATAN.




THANKS ALLAH

.: herbalife independent distributor :.
.: 0137731660 ain :.

Monday 6 June 2011

minum air secukupnya..ASAS PEMAKANAN

Sebenarnya banyak sumber air yang boleh kita perolehi. Sebagai contoh, air masak, susu, jus buah-buahan, kordial, minuman ringan dan sup. Makanan seperti nasi, roti, mi, buah-buahan, dan sayur-sayuran turut mempunyai sedikit air walaupun tidak cukup untuk memenuhi keperluan cecair kita.

    Air membentuk kira-kira 55-57 peratus daripada berat badan kita dan mempunyai peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi utama badan. Air melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa. Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari.

MINUM AIR


1. bangun sahaja daripada tidur, amalkan minum air (sebelum memberus gigi) kerana enzim-enzim yang yang ada di dalam mulut amat bagus untuk memudahkan penghadaman. Oleh sebab itulah, ada individu yang mudah membuang air besar di waktu pagi . {memang terbukti}

2. Elak minuman berais atau pun air sejuk ketika mengambil hidangan yang berat. Hal ini kerana minuman berais ataupun sejuk ini lebih senang memerangkap kandungan minyak yang berada di dalam badan lalu bertukar menjadi lemak dan kolestrol . {oh, baru tahu!}




3.Mengumpulkan zat2 makanan
Air membantu memindahkan zat-zat makanan melauui aliran darah ke pelbagai bahagian tubuh, mengikut keperluan bahagian badan itu sendri. Juga beberapa zat makanan yg larut dlm air sehingga diserap dgn air . {oh}

4.Mempermudah proses pembuangan
Jika seseorang itu kekurangan air dalam badan, maka akan mudah menjadi sembelit. Sembelit boleh menyebabkan orang sukar membuang air besar kerana najis mengeras. Ia sekali gus menyebabkan anggota tersebut mengalami kesakitan . {yup, betul tu}


5.Bebas dari batu karang
Batu karang terjadi sewaktu sisa badan yg tidak terpakai atau komponen lain yg melalui ginjal atau buah pinggang bergabung dengan bahan buangan lain. Jika kekurangan air dalam tubuh, maka akan terbentuklah batu kecil seperti pasir dan tumbuh sebsar baru. Jika kita banyak minum, batu-batu itu akan keluar di bawa oleh air . {YANG ini memang terbukti..sebab ada satu hari tu, biji cili dan biji tembikai pernah ikut keluar melalui najis} -sorry, just nak share



Sesetengah org menunggu hingga betul-betul dahaga baru mereka minum segelas air sedangkan sebenarnya haus adalah petanda awal daripada dehidrasi kekurangan air dalam badan!

Pesanan untuk customer : minum air secukupnya tau =) kalo boleh, minimum 5 liter air sehari...banyak2 buang air kecil lagi bagus! buangkan lemak dan toksik melalui air kencing . ini akan berlaku kepada mereka yang minum shake Herbalife sahaja! wah,.untungkan..?ha, bagi yang NAK KURUS tapi MALAS NAK BERSENAM, inilah sarapan terbaik anda!



Friday 3 June 2011

WHO juga tajut akan hal ini

Anda refleksi apa yang anda makan


TABIAT makan dan kurang bersenam faktor yang menyebabkan kanak-kanak obes.


KAJIAN Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selama lapan tahun di negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman dan United Kingdom mendapati negara-negara tersebut mencatatkan jumlah penduduk yang obes.
Paling atas dalam senarai ialah American Samoa yang mencatatkan hampir 94 peratus penduduknya termasuk dalam kategori obes.
Ia dikatakan akibat perubahan mendadak pada corak pemakanan mereka.
TABIAT makan dan kurang bersenam faktor yang menyebabkan kanak-kanak obes.


Penduduk di American Samoa dikatakan tidak lagi makan makanan tradisional mereka. Sebaliknya, mereka memilih makanan yang diproses dari Amerika dan Eropah.
Makanan diproses ini lebih murah dan mudah didapati.
Penduduk obes di Republik Kiribati, yang terletak di Lautan Pasifik berada pada tahap hampir 82 peratus jumlah penduduknya. Masalah obes ini juga disebabkan mereka lebih cenderung memilih makanan yang sudah diproses.
Antara makanan yang diklasifikasikan sebagai penyebab kegemukan melampau ialah makanan diproses, makanan segera, minuman keras seperti bir, makanan berlemak dan mengandungi pemanis seperti sirap jagung yang tinggi fruktosa.
Faktor lain ialah penduduk di negara-negara ini semakin tidak aktif dan hilang minat dalam melakukan aktiviti tradisional mereka.
Sebagai contoh, penduduk di New Zealand dan United Kingdom semakin dihantui fenomena gaya hidup tidak aktif dan kurang beriadah.
"Seingat saya, generasi datuk nenek kita halus-halus dan kecil molek orangnya. Susah nak jumpa orang kampung yang berisi atau gemuk dan besar.
"Tapi hari ini kita sudah terlalu biasa dengan makanan segera dan berlemak serta berkolesterol tinggi seperti rendang ayam," kata Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia, (PPIM), Tengku Azwil Tengku Tengku Abdul Razak.
Wang saku

MAKAN secara sederhana dapat membantu mencegah obesiti.


Tengku Azwil bagaimanapun tidak bersetuju makanan tradisional seperti nasi lemak dipersalah dan dianggap penyebab kegemukan sedangkan makanan itu wujud sejak zaman berzaman.
Bagaimanapun pada hari ini nasi lemak menjadi makanan berkolesterol tinggi apabila ditambah dengan lauk sampingan seperti rendang ayam dan rendang daging, sambal udang dan lain-lain.
Tengku Azwil juga berkata, kanak-kanak kini berkemampuan untuk berbelanja lebih kerana ibu bapa menyediakan wang saku yang lebih banyak di sekolah.
Beliau menggesa ibu bapa supaya tidak memberikan anak-anak mereka wang yang terlalu banyak sehinggakan boleh digunakan untuk perkara lain yang tidak berfaedah.
"Saya pernah melihat seorang pelajar membawa wang saku sebanyak RM10 sehari.
Wang lebih akan dikumpul dan digunakan untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan di kafe siber, bermain permainan maya di komputer, tanpa menggunakan tenaga fizikal," kata bapa kepada dua orang anak itu.

MENGHABISKAN masa berjam-jam di kafe siber boleh menjadi faktor penyumbang masalah obes dalam kalangan kanak-kanak.


Tengku Azwil juga menggesa supaya menu makanan di kantin sekolah turut dipantau dan diselaraskan harganya di seluruh negara.
Ibu bapa juga katanya tidak harus berikan anak-anak wang saku yang banyak kerana mereka boleh menyediakan bekalan makanan yang berkualiti dan selamat dari rumah.
Disiplin pemakanan
Disiplin ketika makan dan memilih makanan perlu bermula dari rumah.
"Jauhkan makanan segera yang kurang berkhasiat kerana ia mengandungi bahan perasa, bahan pengawet dan perisa yang tidak asli dan boleh memudaratkan.
"Makanan ringan seperti snek dan makanan manis seperti ais krim, kek serta pencuci mulut juga harus dielak kerana ia boleh menyebabkan diabetes dan gigi sakit," katanya.
Senaman boleh membantu membakar lemak. Melalui aktiviti fizikal yang betul dan melebihkan pengambilan makanan berserat seperti sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan juga baik dapat mengawal berat badan.
Dari segi makanan, mengamalkan makan makanan yang dimasak di rumah kerana ia merupakan pilihan terbaik untuk anak-anak.

HARI BELIA NEGARA 2011!

wah! ramai...... kerajaan telah mensasarkan bahawa Hari Belia Negara 2011 ini akan mengumpulkan sejuta belia dari seluruh negara. jadi, pelbagai aktiviti telah disusun. sampaikan nak print jadual pun sampai berpage - page lah. ha! tu maksudnya tak terkira kan? uish...dahsyat..



tapi aku nak cakap pasal bende nih!


HERBALIFE adalah penaja utama URBAN SKATING yang diadakan pada 27 - 29 May 2011. 

alhamdulillah, saya bersama team herbalife yang lain telah mengambil kesempatan ini untuk berkongsi mengenai kepentingan kesihatan kepada masyarakat di luar sana yang secara majoritinya mempunyai masalah OBESITI....itu terbukti, saya tak tipu. bagi sesiapa yang berkunjung ke Hari Belia, mungkin mereka juga perasan. tapi mungkin ada yang tak hairan pun. sebab bagi diorang itu sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. 

ape masalah kalau aku gemuk pun???

erm, memang lah tak de kene mengena dengan kami pun. tapi kami ingin membantu meringankan beban anda. 

yang pertama, mungkin menjadi beban kepada anda untuk bergerak. kerana berlebihan berat badan. lambat sikit pergerakan anda dan juga terbatas untuk anda menjalani aktiviti2 lasak..betul tak? 

yang kedua, mengurangkan perbelanjaan pemakanan. majoriti individu yang obesiti akan makan secara berlebihan. jadi, kalau dah ambil lebih, lebih lah bayarannya. dulu saya selalu terfikir yang perkara ni perkara biasa. sebab orang badan besar perlu makan banyak sebab nak tenaga. sumpah! dulu saya tak tahu. tapi bila dah tahu, golongan ini lah yang sepatutnya perlu menjaga pemakanan kerana pengambilan kalori yang berlebihan akan menyebabkan lemak dalam badan bertambah banyak..betul tak?

yang ketiga, mengurangkan perbelanjaan kos perubatan. majoriti individu yang obesiti mengalami komplikasi kesihatan. sama ada masalah penyakit, kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. sekiranya anda boleh mencegah, kenapa tidak?? ini semua adalah berpunca daripada anda sendiri. anda yang mencorak pemakanan anda. cuba fikirkan, apakah sarapan yang anda ambil hari ini? makanan tengah hari? makanan malam pula? belum lagi minuman.......nak cari makanan yang sihat bukan perkara yang mudah. saya akui bahawa saya pun makan apa yang anda makan diluar sana. tapi saya tahu apa yang perlu saya lakukan setelah menelan makanan itu semua...betul tak?

itu jelah yang sangat jelas bagi pandangan saya. sebenarnya banyak lagi yang boleh kita huraikan. tapi saya rasa tak perlu. sebab biar anda sendiri yang memikirkan nya. 

mohon maaf, kepada individu yang mungkin terasa dengan apa yang telah saya tulis. tapi saya berharap sangat agar anda fikirkan masa depan anda. ingatlah orang yang tersayang. anda mampu mengubahnya.

gambaran aktiviti
Datuk Dr Ronie Tan



kecik-kecik dah pandai main





with uncle azmi...thanks sebab banyak ajar ain..

abah!

berbicara tentang kesihatan

shake percuma! rugilah kepada yang tak singgah kat booth kami....


ubah pemakanan anda. saya boleh bantu 0137731660

Wednesday 25 May 2011

Herbalife Shah Alam : Kesan Produk

[Herbalife Shah Alam : Kesan Produk ]

Mengimbas kembali

10 Mei 2010
Selamat hari ibu

SAYA : Ibu, cuba minum shake Herbalife ni (dalam hati hanya Allah je yang tau.. sebab takut kene marah)

Ibu : Herbalife ni berapa harga? (erm, dah agak dah)

SAYA : Adalah… ni ain hadiahkan 2 botol shake Herbalife. Sempena hari ibu. SELAMAT HARI IBU =)

Inilah permulaannya. Saya hadiahkan shake Herbalife untuk ibu. Dengan harapan yang sangat tinggi. Iaitu ingin melihat ibu lebih sihat dan bertenaga. Saya selalu dengar ibu mengadu kesakitan, lenguh2 badan dan sakit kat punggung kerana menanggung berat badan yang berlebihan.

Setiap hari, rutin ibu dimulakan dengan memandikan nenek (**kini sudah arwah 15 November 2014), menukar lampin, cadar dan menguruskan segala keperluan nenek. Nenek tidak berdaya untuk melakukannya sendiri. Kaki nenek telah dipotong 7 tahun yang lalu kerana penyakit kencing manis. Cuba bayangkan,,, setiap hari ibu perlu memandikan nenek, mengangkat nenek dari katil menuju ke tandas. Saya pun pernah angkat nenek. Berat!. Macam manalah sakit kat pinggang ibu tak bertambah teruk.

Jadi, saya sebagai anak, apa yang boleh saya lakukan?????

Bagaimana saya bermula dengan Herbalife?

KISAH SAYA

Selama 3 minggu pertama saya menggunakan Herbalife, saya rahsiakan daripada keluarga. Takut keluarga marah. Tapi, saya tekad! Saya nak bagi keluarga saya mengamalkan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup sihat. Saya perlu kuat untuk ibu. Sebab ibu pun perlu kuat untuk menjaga nenek. Ia itu PASTI.

Alhamdulillah..

30 Mei 2010

Ibu : Ikut ibu pegi hospital.

SAYA : Untuk apa ibu?

Ibu : Hari ni temu janji dengan doktor. Ibu nak tengok, sakit ibu ni hilang ke tak lepas makan Herbalife.

SAYA : In shaa Allah..

Sewaktu menunggu ibu, saya terfikir2, ape ya sakit yang ibu maksudkan. Saya lupa. Kalau sakit pinggang, tak kan sampai ada temu janji. Erm, ape ek?

Beberapa minit kemudian.. Saya menunggu ibu di dalam kereta bersama ayah. Dari jauh saya sudah nampak ibu tersenyum. Kenapa ni? Saat ibu masuk dalam kereta, perkataan pertama yang saya dengar adalah TERIMA KASIH. Kenapa? Saya masih blur. Selepas itu, inilah yang saya dengar :

Ibu : Doktor dah sahkan ketulan kat payudara ibu dah hilang. Doktor pun hairan. Tapi dia tanya ibu ada makan apa2 tak? Ibu cakap ada. Ibu minum Herbalife dan ibu pun dah turun lebih 4 kg.

(PENOLAKAN TUNTUTAN : HASIL PRODUK TIDAK TIPIKAL. SETIAP INDIVIDU BERBEZA-BEZA)

Doktor : owh Herbalife. Bagus lah! Suami saya pun guna. Saya tahu Herbalife bagus. Jadi sekarang, saya tak jadilah ambil sel-sel dari payudara puan untuk diperiksa. Kalau tak, sakit sikit puan.

Ibu : syukurlah….=)

ALLAHU AKHBAR

Kawan-kawan.. inilah cerita yang ingin saya kongsi. saya tak tahu hasilnya apa. Jadi, saya cuba mengubah tabiat pemakanan keluarga saya. Ungkapan terima kasih yang telah diucapkan oleh ibu telah membuatkan hatiku lega, gembira, terharu dan macam2 perasaan yang saya alami ketika itu dan saya tekad untuk membantu orang lain di luar sana. TEKAD! 

Satu lagi, cuba kalian tengok tarikh pertama yang saya taip.

Kemudian tengok pula tarikh kedua.

10 mei 2010

30 mei 2010

Apa yang anda faham? Cuba kira berapa hari jaraknya?

20 HARI. Hanya 20 hari ibu mengamalkan Herbalife. Ibu tukar tabiat pemakanan yang aku rasa sangat teruk. Sebab dahulu ibu boleh minum lebih 4 bungkus Nescafe 3 in 1 dalam sehari dan makan nasi dalam pinggan ibu sangatlah penuh 3 kali sehari. Fuh! Hanya 20 hari. Alhamdulillah sekali lagi ku panjatkan kesyukuran.

“TAK CUBA TAK TAHU HASILNYA”


Betul tak ayat ni kawan2? Betul kan? Saya pun tak tahu. Kita hanya mencuba. Allah yang menentukannya. Jadi, cubalah. Tukar sarapan pagi kita, daripada makanan yang tinggi karbohidrat kepada cellular nutrition Herbalife =)

Sekiranya diantara anda ada yang takut ingin beritahu bahawa anda ingin menggunakan HERBALIFE, it’s no problem. Sebab saya juga dahulu sama seperti anda. Nak percayakan keluarga juga kadang-kadang, bukan perkara yang mudah,. Tapi, anda perlu berusaha. Berdoa dan yakinlah.

Ini gambar ibu sebelum menggunakan Herbalife.




Setelah berjaya menukarkan gaya hidup dan pemakanan untuk seharian, ibu saya berjaya menurunkan 13 kg lemak dalam masa 4 bulan. Hasil yang sangat cepat untuk seorang ibu yang berumur 53 tahun. 
 
Lihatlah keceriaan di wajah ibu. Ibu di puncak bukit broga bersama seorang nenek yang berusia 83 tahun =)
Kami sekeluarga menaiki Bukit Broga
Sempena Hari Raya Aidilfitri 2010



i  l o v e  y o u