TESTIMONIAL

FIND ME ON INSTAGRAM! -

Wednesday 7 June 2017

Pengalaman Bersalin : Puteriku Bahagian 2

Bismillah...

Ibu-ibu yang selamat melahirkan anak akan dibenarkan balik sekiranya keadaan ibu dan anak sudah sihat, iaitu kedua2 nya sudah buang air kecil, buang air besar dan sudah dapat berjalan (bagi ibu czer).


Pengalaman Bersalin BAHAGIAN 2.

Alhamdulillah syukur Ain telah selamat melahirkan puteri yang Ain kandungkan selama 39 minggu 4 hari.

TETAPI.. AIN TIDAK DIBENARKAN PULANG 😭😭

24 April | 8.00 pagi
Kenapa masih tak boleh kencing ni?? Pundi kencing dah sakit ni. Akhirnya dengan bantuan nurse, nurse buat in/out (kali kedua). Kali pertama di dalam labour room. Urine dalam 1 liter keluar.

24 April | 6.00 petang
Dibawa ke wad 8B pada jam 10 pagi tadi. Dapat katil no 23. Keluarga dari Semenyih semua datang melawat ain. Tp mereka tak dapat jumpa Aisyah, sebab Aisyah masih di NICU. Dan hanya ibu dan bapa sahaja dibenarkan masuk. Hari ni Ain tak pegi melawat Aisyah lagi. Mungkin esok.

7.00 malam
ALLAH!! kenapa masih tak boleh kencing ni???????
Dengan bantuan nurse sekali lagi in/out dibuat (kali ke 3)

9.00 malam
Doktor round. Dan doc decide untuk Ain pakai CBD (tube kencing) untuk 24 jam. Bermakna, esok Ain tak boleh balik lagi!! Huhu Kali ke 4, tube dimasukkan.

25 April
Hari ke 3 dihospital. Alhamdulillah sempat melawat Aisyah di NICU. Allah je tahu betapa sedihnya melihat Aisyah dalam keadaan berselirat wayar. Masih tak dapat nak bagi susu kat Aisyah. Sedih!



Setelah lebih 12 jam pakai CBD di wad, Latihan CLAMP (ikat tube pundi kencing dilakukan). Latihan ni dibuat supaya pesakit dapat rasa semula deria untuk membuang air kencing. Kalau tak ikat (guna getah), deria untuk ke toilet mmg tak ada langsung. Sedar2 bag tube tu dah penuh.

26 April | 12 tgh hari
Doktor : Saya nak buka CBD awak ni, jadi awak kene cuba kencing sendiri tau.
Ain : Baik doc

10 minit berlalu
15 minit berlalu , masih tak boleh
30 minit berlalu , Allah !!

Perasaan nya macam ni tau, deria nak kencing tu ada, tp bila dah rasa air kencing tu di hujung-hujung, tibe-tibe tak keluar. Sakit tau. Pedih. Mungkin siapa yang melalui sahaja tahu mcm mana keadaan Ain waktu tu. 

Akhirnya Ain bagitahu doktor yang Ain masih tak boleh kencing sendiri.

Kemudian, Ain dibenarkan balik, tetapi dengan ditemani CBD selama 7 hari. :(  (kali ke 5 tube dimasukkan)

Mulalah rutin berpantang di rumah Shah Alam. Ujian Allah beri ini telah mengubah perancangan yang dirancang. Pada awalnya, kami plan nak berpantang di Semenyih. Tetapi disebabkan 7 hari lagi nak ke hospital semula, dibatalkan hajat untuk berpantang di Semenyih.

Rutin berpantang dengan ditemani CBD amatlah merumitkan. Allah tempat Ain berserah. Sesungguhnya setiap masa setiap saat sedih dengan ujian Allah bagi ni. Tapi bila muhasabah semula, Ain bersyukur. Syukur sebab Allah uji sikit je. Orang lain lagilah ujiannya mungkin tak sanggup untuk ditanggung.

3 Mei 2017 | 10 pagi | Klinik Pakar O&G Hospital Shah Alam

Hari ke 9 berpantang. Appointment hari ni untuk buka CBD. Berdebar-debar sangat nak buka CBD. Banyak kali pandang muka suami. Minta ditenangkan. Waktu ni kami bawa Aisyah bersama. Tiba masa untuk buka CBD.

Cubaan pertama. Gagal
Cubaan kedua. Juga Gagal
Cubaan ketiga. Dapat keluarkan sikit-sikit

Tapi setelah 30 minit, Ain tak dapat tanggung sakit. doktor scan bladder ain, ya sudah kembang semula. Akhirnya doktor decide untuk Ain pakai semula CBD untuk seminggu tetapi dengan lakukan Bladder Training sendiri. Kali ke 6 tube dimasukkan.

Allah
waktu ni sedih sangat.

Kenapa kene pakai semula??? πŸ˜­πŸ˜­πŸ˜­πŸ˜­

4 Mei 
Rutin berpantang bersambung di Semenyih.

7 Mei | 11.00 malam
Pagi tadi Ain ada berurut. Sebelah petang pula Ain bertungku. Tak pasti sama ada setelah berurut dan bertungku , adalah penyebab DARAH keluar melalui tube CBD. Tak pasti. Tapi kemungkinan ada.

Waktu ni cuak sangat. Kalau darah keluar tapi tak sakit, tak apa kot. Tapi Ain ada rasa tak selesa dan sakit. Akhirnya decide pergi Emergency Hospital Sedang. Bawa Aisyah bersama. Kesian Aisyah.


CBD yg berdarah. Terus ke Hospital Serdang

2.00 pagi | Hospital Serdang
Setelah jumpa doktor, kami pulang dengan perasaan hampa. Oklah, alasan mereka sebab kes ain ni kes dari Hospital Shah Alam, so diorg tak dapat nak buat apa-apa.

At least scan lah bladder ni ke.. tapi tak. Doktor just tgk CBD.
-_- yang mmg tak akan dapat trace apa-apa.

7 Mei | 11.00 pagi | Kecemasan Hospital Shah Alam
Bangun je pagi tu Ain cakap dengan suami "Saya Sakit..tak selesa dan tak tahan untuk tunggu next appointment 12 Mei" 

Then suami decide untuk terus ke Shah Alam. 

Dlm pukul 1 petang, Ain dpt jumpa doc. Alhamdulillah doc ajak buat ultrasound. Bladder kembang sikit. Tp tube pakai. Ada nampak mcm blood clot. Tp kecik je. Then doc decide bukak CBD dulu. Sbb dah kuman. Kotor. So kene ganti. Tapi doc rujuk ain ke PAC. Utk tengok jahitan dan luka. Sbb ada bau busuk. Waktu ni, Allah je tahu. Sakitnyaaa. Pakai spatula. Mcm nak seluk tu. Ambil sampel. Allah. Sakitnya.

Then doc bukak CBD dan ambil sample urine. Doc cakap try kencing.

Ain pun ambil feel dulu. Tak terus minum air. Sbb masih sakit yg kene seluk td. So, Ain pegi pam susu dulu. Makan sikit roti utk tenaga. Sbb dh lepas lunch. Lapar. Then baru Ain minum air sikit2. X nak bladder terkejut.

Alhamdulillah Allah bagi nikmat utk Ain kencing. Dapatlah rasa 4 kali di hospital. Lega mmg lega. Syukur. Then Ain dibenarkan balik. Result urine Alhamdulillah x de pape.

Bila tiba di rumah, Ain terus nak cuba kencing lagi. Alhamdulillah dpat sekali kencing. Then Ain makan. Dalam kul 5.20 ptg. Tapi lepas makan, tibe2 tersekat semula. Ain rehat dulu. Ain baring. Ain tidur kejap utk dptkan tenaga. Tp hati mmg dah x sedap.

Lepas maghrib, Ain tuam ais. Then cuba bangun, terus rasa senak. Pi toilet, dpt kuarkan sikit je. Allah!! Sakit dtg semula.

Ain baring semula. Tuam lagi. Then after 15 minutes, Ain ckp dgnsuami "awak. Saya rasa saya tak boleh kencing semula. Ni kalau bangun, sure sakit, so, jom kita plan mcm mana nak ke hospital dan dlm masa yg sama kene cepat. Sebab nnt saya sakit"

Suami baringkan ain dalam kereta. So, tekanan pd pundi kencing tu x terlalu kuat. Sambil Ain tuam dgn ais.

Sampai di emergency, suami try minta dptkan katil. Tp x boleh. Diorg bagi kerusi roda. Tp Ain dibenarkan terus ke bilik rawatan. Tanpa melalui doc dahulu. Sbb kes mcm ni x leh tunggu lama. Alhamdulillah dpt rawatan setelah 30 minit. Org lain tunggu 5/6 jam. Tp ain tunggu 30 minit tu dah rasa lamaaaa sangat. Sampai Ain lemah. Kepala dah lentok2. Suami pegangkan kepala.

Masuk bilik rawatan, Ain ckp dgn nurse "maaf nurse, nurse buat slow2 ya. Nurse baik" Ain pujuk diri jugak sbnrnya. Sbb risau kejadian yg sama berulang. Alhamdulillah masuk tube tak sakit langsung. Sbb dia tak ganggu luka jahitan. Syukur. Kali ke 7 tube dimasukkan.

Tapi ada sesuatu terjadi. Iaitu air kencing tak keluar. Dia pelik. Takut dah. Cepat2 nurse panggil doc. Ain mengucap dah. Tapi elok je doc muncul , baru urine tu mengalir. Tapi slow je. Pelik jugak.

Lepas dpt rawatan, baru ain jumpa doc. Sebelum jumpa doc, pam susu dulu. Dah bengkak dah.

Alhamdulillah balik rumah jam 11malam.

Allah. Semalam rasa mcm hari yg sangat panjang. Sebelum tidur, ain ucap syukur. Allah masih sayang. Ain ucap terima kasih kat suami. Suami cakap sabarlah sayang. Ujian dari Allah, adalah untuk menaikkan martabat kita.

12 Mei | 10.00 pagi | Klinik Pakar O&G Hospital Shah Alam
Tibalah masa yang sangat mendebarkan. Iaitu hari dimana tube CBD akan dibuka. Hari ini hari ke 18 berpantang. Sebelum tibanya hari yang mendebarkan ini, Ain banyak contact orang-orang yang Ain rapat. Ain mohon doa dan solat hajat dari mereka. Ain pun ada contact mereka yang mungkin Ain pernah buat silap. Ain minta maaf dari diorg. Sebab Ain sedar, ujian yang Allah bagi ni adalah untuk menghapuskan dosa-dosa terdahulu. Tetapi dosa sesama manusia, perlu minta maaf dari mereka.

ALHAMDULILLAH, berkat hari ini HARI NISFU SYAABAN, berkat doa dari ramai orang akhirnya CBD dapat dibuka dan Ain dapat membuang air kecil sendiri.

ALLAH

NIKMATNYA

"YA ALLAH, terima kasih kerana Engkau telah kembalikan nikmat membuang air kecil ini kembali kepadaku, aku mohon ya Allah agar nikmat ini sampai bila-bila, sehingga akhir hayatku"



Terima kasih kerana telah menemaniku selama 18 hari. 
Ramai tanya "KENAPA AIN KENE PAKAI CBD NI??"
TIADA jawapan tepat yang dapat Ain beri.

Anggaplah ini bahagian Ain. Ujian Allah bagi. Sebab Allah Sayang. 
Ain insan terpilih untuk melalui semua ini.
Pengalaman ini memang menguji kami sekeluarga. 
Moga Allah ampunkan dosa-dosa kami.


Buat sesiapa sahaja yang seujian dengan Ain dan perlukan sokongan dari Ain, boleh hubungi Ain melalui talian 013-7731660

Sebab, dikala Ain harungi ujian ini, Ya Ain perlukan sokongan. Terima kasih semuanya.. Moga Allah balas jasa kalian.

Monday 5 June 2017

Pengalaman Bersalin : Puteriku Bahagian 1

Bismillah...

Aisyah Iman, ummi tak tahu bila Aisyah akan pandai baca dan boleh memahami apa yang ummi tuliskan di blog ini.  Tapi, Ummi nak Aisyah tahu betapa pengalaman melahirkan Aisyah amat bermakna buat ummi.  Sayangku Aisyah Iman binti Abdul Hannan.

22 April 2017 | 10.50 malam
Ummi sudah mula rasa contraction. Ummi masuk bilik untuk tidur tapi akhirnya dapat lelapkan mata jam 1 pagi. 😡😡

23 April 2017 | 3.00 pagi
Air ketuban tiba2 memgalir. Mula2 ingatkan ummi kencing. Tapi bila cek warna, jernih dan tiada bau, baru ummi sedar, itu air ketuban. Waktu ni kan, walid buat lawak! Mungkin sebab walid mamai 😴😴. Walid tutup lampu semula. πŸ˜‚ ummi cakap "eh! Air ketuban dah keluar. Tak nak pergi hospital ke?" Walid terpinga2 .. Haha Bila air ketuban / darah keluar dari rahim, itu tanda-tanda kelahiran tau! Segera ke hospital 😊

23 April 2017 | 7.30 pagi
Jam 3.30 pagi tadi, kami bergegas ke PAC Hospital Shah Alam. Tetapi memandangkan kes banyak malam tu, doktor pulak semua sibuk dan kes ummi masih belum serius, maka jam 7.30 pagi baru ummi dapat jumpa doktor. Doc cek jalan, tapi baru 3cm. Air ketuban masih mengalir. Rasanya kalau disukat, air ketuban ni ada kot dalam 5liter. Sbb byk sangat. Kain batik basah dan kering sampai 3 kali.

9.30 pagi
Seingat ummi waktu ini merupakan Kali terakhir ummi dapat buang air kecil sendiri ! Allahu Akhbar 😱😱😱 **
boleh baca di sini ( Ujian dari Allah )



1.00  tengah hari
Ummi makan. Paksakan diri untuk telan. Kemudian, Ummi minta ubat tahan sakit.  Dapatlah ummi lelap sekejap, berehat untuk kumpul tenaga. Bukaan masih 3cm.

4.00 petang
Sakit contraction makin menjadi2. Ummi tak tahan. Ummi jerit. Tapi jeritan ummi ni sia-sia sebenarnya. Sepatutnya ummi jaga pernafasan. Tak tahu kenapa, ummi tak terfikir. Mesti nurse2 tak nak layan ummi πŸ˜‚. Sebab ummi bising. TAPI ada sesuatu terjadi, membuatkan semua nurse layan ummi.

5.30 petang
UMMI DEMAM! Menggigil sampai ummi gigit tudung. Waktu ni tiba2 mcm kecoh. Nurse2 yg tak layan ummi tadi, terus semua tumpu kat ummi. Ummi tak faham kenapa diorg ni?
Rupanya sebab, RISIKO INFECTION PADA BAYI.  Sebab air ketuban sudah pecah. 3 pagi sehingga sekarang  sudah lebih 14 jam air ketuban pecah. Sejak ummi demam, mesin CTG tak lekang dari perut ummi. Semata2 untuk monitor jantung Aisyah. Jantung Aisyah laju. Selaju jantung ummi. Sebab ummi demam. Dengan sakit contraction lagi... Allahu..Tak tertanggung rasanya. 😭😭😭Bukaan masih 3cm.

8.20 malam
Penantian untuk masuk labour room berakhir.  Masuk je LR, ummi jaga pernafasan. Ummi tak nak jerit macam kat luar tadi. Minit berganti jam. Masa berlalu. Tapi ummi hanya di monitor oleh doc dan nurse. Sampai 1 tahap, ummi tanya doc "kita tunggu apa doc?"
"Kita tunggu jalan bukak lah"
"Sampai 10cm?"
"Ya. Tapi nnt kami  review semula  jam 11 mlm nnt"
"Tapi skrg baru 9.30 mlm. Saya dah tak larat doc. Kenapa tak czer je doc?"
"YOU HAVE TO BE POSITIVE. Ramai yg mintak nak czer. Tapi akhirnya diorg normal juga. Sabar. Kita tunggu jalan buka. Tapi nak tanya, u ada minum air selusuh? Air zam zam?"
"Tak doc. Saya tak minum pape. Kenapa dari tadi semua tanya soalan yg sama?"
"Sbb you punya contraction agak kuat. Tp jalan belum buka. Selalunya ramai patient jd mcm ni sbb diorg minum air selusuh / zam-zam"
"Tak doc. Saya tak minum 😒😭"

10.00 malam
Doc pakar datang. Alhamdulillah tak yah tunggu kul 11 mlm untuk next review. 1 kejadian dimana doc pakar cek pundi kencing, baru perasan yang ummi dah lama tak kencing. Doc pakar tu buat in/out. Keluar urine sebanyak 1.5 liter 😱😱😱

11.45 malam
Ummi terdengar doc cakap jantung Aisyah makin drop! doc keluar dari LR. Ummi takut. Ummi nak Aisyah selamat. Ummi dah menangis waktu ni..ummi doa
"YA ALLAH, pinjamkan aku kekuatanmu sebab aku dah tak larat sangat ya Allah. aku tekad. Aku nak push ya Allah. Engkau selamatkan Aisyah ya Allah. Aku tak kisah apa pun yg akan terjadi kepadaku. Tapi.... Engkau selamatkan Aisyah"

BERMULANYA WAKTU INI. . ummi push sikit2. Sedangkan bukaan baru 5cm.  Selang beberapa minit,Tiba2 ummi rasa nak terberak. Ummi cakap kat nurse , "nurse, saya nak berak lah" nurse tu cakap "berak lah. Tak pe."
Ummi teran. Tapi tak keluar. Then nurse cakap "tak payah lah teran. Awak tak pandai. Nnt penat je"πŸ˜‘πŸ˜‘

πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“
Cubaan kali kedua "doc, saya mcm nak berak lah."  Terus doc tu cek bukaan. Allah. Kuasa Allah, waktu doc tu cek bukaan., tibe2 ummi terteran. Dan ummi terdengar doc  jerit "ORAIT GOOD GOOD LAGI LAGI"

Terus terdengar nurse nak panggil walid!
Nampak je muka walid, ummi terus semangat. Betapa Allah je tahu ummi nak sangat walid ada disisi ummi. Ummi cuba teran sehabis tenaga.
Alhamdulillah Aisyah Iman selamat dilahirkan 12.42 pagi. 24 April 2017 dengan hanya bertiga di ruang Labour Room. Ummi, Walid dan Nurse Aina.

Terima kasih Allah kerana pinjamkan tenaga.

Jika nak diikutkan,  Aisyah lahir 12.42 pagi 24 April 2017

3 pagi 23 April air ketuban keluar -  lebih 21 jam
1 tgh hari ummi makan -  lebih 11 jam tak makan
10.50 mlm 22 april start contraction - lebih 24 jam sakit contraction

Ummi penat sangat ! Ummi dah tak larat . Tapi sebab nak selamatkan Aisyah, ummi kene kuat. Alhamdulillah Aisyah selamat. TAPI sebaik shj Aisyah keluar dari rahim ummi, Aisyah tak nangis. Ummi sempat tengok Aisyah 10 saat je. 😰😰😰😰Lepas tu nurse bawa Aisyah keluar. Tinggal ummi dan walid. Waktu tu ummi dah lemah. Ummi doa agar Aisyah kuat, Aisyah selamat.

Disebabkan bukaan hanya 5cm dan ummi terus teran, maka luka jahitan agak banyak. Nurse dan doc ambil masa lebih 1 jam 30 minit untuk selesai jahit. Allahu..😭

2.45 pagi
Doktor pakar kanak2 nak masuk untuk jumpa ummi ketika proses jahit luka masih lg dilakukan. Doktor cerita pasal Aisyah. Doc cakap, Aisyah mungkin dijangkiti kuman pada paru-paru. Disebabkan infection ni, Aisyah tak menangis tadi. "Tapi puan jangan risau. Anak puan kami terus hantar ke NICU untuk rawatan rapi. Ujian darah sudah diambil. Esok result keluar"
Aisyah...kuatlah anakku.

Begitulah proses untuk melahirkan Aisyah Iman. Ummi akan ingat sampai bila2.

Wahai Aisyah.....anak ummi, jadilah anak yang solehah. Yang sentiasa menggembirakan dan menyenangkn hati ummi dan walid. Membesarlah dengan sihat. Ummi dan walid sayang Aisyah, Allah pun sayang Aisyah πŸ’–πŸ’–

Wahai Walid....suamiku..terima kasih untuk segalanya. Terima kasih kerana tetap sabar melayan kerenahku sejak diriku ini disahkan mengandung sehinggalah lahirnya Aisyah. Cinta ummi pada walid akan kekal sehingga akhir hayat ummi. πŸ’–πŸ’–

Wahai ibuku....pengalaman melahirkan Aisyah membuatkan diri ini ingin sangat menghargai dirimu. Ampunkan dosa-dosaku sejak diriku kecil hingga kini. Moga syurga untukmu duhai ibu..πŸ’–πŸ’–



Pantun dari walid buat ummi dari laman FB beliau :)


Telah lahir seorang puteri,
Hadir memenuhi hari kami,
Aisyah Iman nama di beri,
Menjadi amanah dari Illahi.



9 Bulan membawa kandungan,
Mudah bersalin menjadi harapan,
Alhamdulillah sudah di permudahkan,
Terima kasih sayang..saya ucapkan.


Baby keluar mirip muka saya,
Sayang tengok jangan lah hampa,
Nanti cuba kali kedua,
Kita tengok muka macam siapa.


Huahuahua!!!

*** Ummi mmg tak pandai nak balas pantun. Ummi kasi can lah kat walid. Walid menang :p

Pengalaman bersalin bukan berakhir di sini. Ada ujian yang Allah iring disamping nikmat yang Allah hadiahkan. Allahu Akhbar. Kesabaran teruji. 

BERSAMBUNG

Friday 17 March 2017

Cabaran Kurus Sebelum Raya !!!

Cara kurus cepat

KONSEP CABARAN ?
Sekarang sudah bulan Mac, bermakna tinggal kurang dari 70 hari sahaja lagi untuk menemui bulan Ramadan ( IN SHAA ALLAH ). Bermakna kurang dari 100 hari untuk menjelang Hari Raya Aidilfitri. Oleh itu, saya terpanggil untuk memulakan cabaran KURUS SEBELUM RAYA ini dengan lebih awal. Agar tempoh masa untuk menurunkan berat badan akan lebih panjang dan lebih effektif untuk membentuk bentuk badan. (shape-up) 

Siapa yang boleh sertai ?
Semua orang layak untuk menyertai cabaran ini. Tidak kira anda dimana kerana cabaran ini dilakukan secara online dan offline.
Yang penting anda dapat hasil yang anda inginkan.

Tempoh masa cabaran ?
Cabaran ini mengambil masa 21 hari. Peserta yang mendaftarkan diri dengan program ini akan dibekalkan dengan 1 botol Herbalife Shake. Peserta perlu menggunakan Herbalife Shake sebagai sarapan pagi sihat (atau sebagai sahur) untuk setiap hari tanpa gagal.

Yuran penyertaan ?
Hanya RM166 sahaja yuran penyertaan sebagai pelaburan untuk anda yang ingin kurus sebelum raya.

Tarikh tutup pendaftaran :
FASA 1 CABARAN KURUS SEBELUM RAYA

Online- sebelum 23 MAC 2016
Offline- sebelum 23 MAC 2016

Peserta akan mendapat :
-Jurulatih pengurusan berat badan
-Pelan hidangan sihat
-Analisa Kesihatan Badan
-Pemantauan Setiap Minggu
-Kumpulan Sokongan Motivasi

Hadiah ?
1 Hadiah Utama
5 Hadiah Saguhati

Kami serius ingin membantu anda turunkan lemak badan anda. Jadi kami mahukan mereka yang SERIUS juga untuk melakukan perubahan terhadap diri sendiri



COACH AIN
013-7731660
ain.nazam@gmail.com

Sunday 29 January 2017

ZUMBA FITNESS AT SHAH ALAM

Let's zumba party at Shah Alam!

Zumba! Salah satu jenis senaman yang kian popular. Ramai yang berminat dengan aktiviti senaman seperti ini. Zumba adalah sejenis senaman CARDIO, yang dilakukan secara berterusan, mengikut gerak tari instructor dan music! 

Mungkin ada yang suka jogging atau berbasikal berbanding zumba. Actually, mana-mana pun bagus asalkan kita lakukan. Berbalik kepada kenapa anda bersenam? Jika anda bersenam untuk kesihatan jantung, maka semua jenis senaman bagus. Tetapi jika anda ingin bersenam kerana ingin mengurangkan berat badan, maka anda perlu pelbagaikan rutin senaman anda. 

CARDIO DAN BODY WEIGHT TRAINING, kedua-duanya perlu ada. Saya cadangkan, lakukan secara berkumpulan! Agar anda akan lebih bersemangat.

Okay LADIESSSSS!

ARE YOU READY?

LETS MOVE! SEE YOU SOON


Untuk PENDAFTARAN BOLEH TERUS HUBUNGI
013-7731660