TESTIMONIAL

FIND ME ON INSTAGRAM! -

Monday 10 December 2012

SEBELUM vs SELEPAS

Bismillah...

tergerak hati nak menaip ni sebab tgk post viewer, EH! ade orang datang melawat lah. hahaha! *malu...kesian mereka-mereka baca cerita lama..i'm so sorry...sebuk sangat (ceh! jawapan ikut skema) meh saya hiburkan hati anda!~ hehe peace 

ok, entri hari ni sebenarnya pasal apa?
sebenarnya entri ni bukan nak cakap pasal sebelum dan selepas which is testimonial. TAPI, nak cerita pasal sebelum dan selepas menghadiri event!! yeh!!!!event apa? mestilah event HERBALIFE!!

cerita ni sebenarnye dah lapuk! tapi semenjak dua menjak ni, barulah terfikir yang ada sedikit perubahan yang berlaku dalam diri disebabkan setelah menghadiri event, nak tahu event apa? jeng jeng! 


ha...kan ain dah kata. cerita dah lapuk! hehe..tapi tak pe..masih fresh memori sepanjang kat sana dalam kepala otak ni.. okey., sejujurnya, sebelum pergi ke event ni, ain rase sangat takut dan risau. seriously takutttttt.....beberapa bulan sebelum tu, ain rase macam lost gila! ntah apa yang ganggu fikiran. upline aku je tahu ape terjadi..hehe uwais atiqah.,kan?kan? ha., ce lah tanye die.

ni bukan takut ni, tetibe cam comel je. haha
sampai je di bumi Macau, ain amik masa sekejap. untuk duduk seorang diri. kosongkan fikiran. amik buku dan pen. terus tulis sesuatu. ain perlu tulis! kalau tak tulis, ibarat macam kosong je nanti. pergi macau and balik dari macau, still orang yang sama.

dalam buku tu, ain tulis, 
"Ya Allah, tibanya aku di sini adalah untuk menimba ilmu dan pengalaman. jadikan ia manfaat buatku. tak akan aku sia-siakan perjalananku. aku takut aku akan jadi orang yang sama setelah aku balik nanti. kosongkanlah fikiranku. fokuskan diriku................."
panjang lagi lah sebenarnye -_-

so, lebih kurang cam gitu

jadi, sejak balik dari event tu, ain dapat sesuatu yang rasenye amat rugi kalau ain buat keputusan untuk tak pergi event tu. iaitu, BELIEVE. keyakinan ain dengan herbalife makin-makin bertambah. dan rasa jatuh cinta ngn herbalife pun ade. LEBIH yakin yang herbalife boleh mengubah hidup orang lain! bukan sebelum ni tak yakin, ain yakin. tapi kali ni lagi lagi yakin. dan yakin jugak dengan diri sendiri.*alhamdulillah

ya, ain sedar, tak de lah teror mana pun aku ni buat volume! tapi at least, ada something yang berubah.yang mana, ain sendiri je yang sedar (nak seseorang baca ni. tapi die baca ke? -_-)

kesimpulannya, kene attend all event! seriously! all... sebab kita tak tahu kat mana n saat bila kita dapat grab something n akan mengubah hidup kita.

ingat tau, JANGAN MISS APA APA EVENT

actually, banyak cerita yang berlaku selepas event herbalife university (HU) ni tapi tak dapat nak tulis semua kat sini. tapi,, yang paling ketara, MY ATTITUDE!. alhamdulillah dah sangat sangat berubah..dulu, ain selalu gila bagi alasan kat my upline. "akak ade assignment lah, kerja itu ini lah, event university lah" coi!
bagi alasan tu, tak akan kemana lah ko nanti ain!
yes, memang! sebab tu lost gila beberapa bulan before HU. 

alhamdulillah, tiada lagi alasan sibuk study. sebenarnye, kita yang letak diri kita dalam keadaan macam tu. now, alhamdulillah. dua-dua gerak seiring! tak sangka. pengorbanan setiap petang n malam untuk sebarkan misi nutrisi, sudah nampak sedikit demi sedikit hasilnya. sedangkan tengok student lain, sebuk dengan dunia mereka sendiri. kalau yang leka tu tak tau lah nak cakap apa!. kalau yang study tu, cis memang jealous sangat lah. tapi tak pe! kita niat nak bantu orang. moga-moga Allah bantu kita dalam pelajaran dan kehidupan.
cepat2 aminkan...amin amin amin

so, now. i'm become stronger.

then, ain lakukan benda yang sama. sebelum start apa-apa event, ain akan niat n tulis, untuk ain lakukan perubahan. kenapa kene buat macam ni?

okey, ain bagi contoh situasi

ahad lepas, ada GENH STS kat Melawati. punya lah dah confident ade 2 orang new guest nak datang. then dengan semangatnya, ain pegi. tapi, tup tup dapat msg, "awakk, sorry, tak dapat datang" coi! huhu.. sabar sabar. letak handphone! terus capai buku. tulis sesuatu. abis tulis, senyum! then enjoy the event.
see,! if kita layan je perasaan kecewa tu, sampai abis event lah kita hilang fokus!


bertambah fokus sebab team ain dari segamat datang event. inspired gila dengan diorg,.! datang naik KTM je tau dari segamat. pukul 2 pagi. then naik lagi ktm + lrt untuk sampai kat K Club Melawati. ain doakan, pengorbanan yang diorg lakukan ni, akan memberi seribu satu makna dalam diri mereka! amin amin. permudahkanlah urusan meraka...

then balik je event, setelah refresh balik mood, tiba-tiba ade appointment pulak malam tu. bukan seorang! tapi DUA!. ha, kan dah kata. Allah bayar cash. hehe. alahamdulillah.
ingatkan nak timbang-timbnag je. tapi sekali dapat closing 7 SHAKE!!! *nnt ain cerita pasal kejadian ni
 alhamdulillah syukur. rezeki Allah

gambar x cantik :(

so, back to topic.
BEFORE AND AFTER,
....AFTER EVENT..

what action do you take?
subhanallah

Saturday 16 June 2012

say GOOD BYE to SENGGUGUT! :)

bismillah

sangat seronok! seperti wanita NORMAL! HEHE
alhamdulillah, sangat sangat happy! kenapa???

sebab ain period langsung tak SENGGUGUT!!!!!!! haha, apasal cakap pasal ni *malu* ok fine! tak pe. just nak sharing. manalah tahu ramai yang boleh ain bantu. :) ok mood happy giler. 

kalau dulu, datang period je, mule lah nak hangin satu badan! haha...SERIOUSLY ini betul. kepada yang senasib dengan ain, korang setuju tak? mesti cakap setuju punya lah. tak pun, kepada lelaki-lelaki sekalian, mesti korang pernah tengok adik-adik, kakak-kakak, or isteti korang macam tu kan? *mungkin tak berlaku pada setiap individu. tapi mejoriti!

kalau dulu, ain study kat segamat, ain selalu call ibu...

ain :    "IBU, SAKIT!!!! senggugut"

then dengan selamba nya ibu cakap

ibu :    "abis tu, ibu nak buat apa??"

haha! secara rasional. itu betul! tak kan semata-mata nak lawat anak sakit senggugut sanggup terbang ke segamat kan? memang nak kene cekik lah lepas tu. but, seriously...
sakit sampai tak dapat nak buat apa.

so, korg cuba baca ni wanita, sila baca!

ini adalah perkataan-perkataan yg ain warnakan merah,

masalah yang biasa
biasa? sakit itu biasa? bia betulll..sakit tahu tak! effect semua benda. hilang focus! bad mood, tetibe bleh kuat makan!
 
beberapa tahun pertama
dulu pun ain penah dengar. tapi, rasenye dah lebih 8 tahun! :(

biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga
haha! so, kene kahwin lah ni? aiseh...tak dapat nak nolong....

mengidap penyakit ‘endometriosis’ 
ok fine! kalau makin teruk, akan dapat penyakit, sedangkan tadi tulis, senggugut itu masalah biasa. ini dah jadi luar biasa!

kes kes yang lebih teruk, 

Penderita senggugut ada kalanya mengeluh akan masalah kekerapan membuang air kecil, cirit birit, pening, kembung, rasa sakit di buah dada, kemurungan dan rasa cepat marah.

 so, makin rumit kan jadinya????

kadang2 ada yang tak dapat nak datang kelas, tak dapat perform waktu test or final. serious kan kes ni? kesian tau!

so, just nak sharing. alhamdulillah!!
saya makin sihat!
dulu sakit sakit sikit. makin lama makin kurang
and now, langsung tak sakit
alhamdulillah!

what happen?!
every single day > healthy breakfast!! 

HERBALIFE SHAKE :) 
NUTRITION FOR A BETTER LIFE 

tea mix ni kalau tengah senggugut, minum pekat2 n panas2. memang best! tak payah nak lama2 tuam benda panas kat perut. betul! kejap je effectnya. then boleh sambung kerja macam biasa
ini paling best! all nutrition inside this bottle ! badan kita akan sihat kalau sel kita sehat. so, herbalife punya concept, cellular nutrition! so, sangat hebatlah. baikkan sel-sel dalam badan, barulah badan sihat :) gitu!


 ha, JOM SIHAT! ain tahu ramai kawan2 yang sengsara! kesian sangat! dalam kelas pun boleh hilang fokus tahu tak. kalau kerja nanti tak tahu macam mane! abis semua client-client kene sembur kot, so, sape2 yang pernah jadi mangsa kene sembur, mesti perempuan tu tengah period! so, amik no phone orang tu., dan kenalkan kat ain. meh ain jga die dengan penuh kasih sayang! hahahahaha :)

SO
CALL/SMS ME NOW
0137731660
0172068926


wanita dan senggugut!!!!

bismillah..

nak ambil masa anda sedikit, kejap je :)

sebelum tu, cuba baca petikan ini, copy & paste dari web

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar " primary spasmodic dysmenorrhea" dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Ianya dibahagikan kepada dua bahagian seperti senarai dibawah.
 
Senggugut jenis Pertama dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.   

Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain.  Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.

Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut bolih menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’

Gadis gadis yang mengalami senggugut boleh mengambil ubat penawar sakit seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain ubat yang sesuai. Tetapi dalam kes kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandongi hormon ‘ Norethisterone’.
 
Senggugut jenis kedua ialah ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya.   Senggugut ini disebabkan olih sesuatu penyakit dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim  seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor pakar sakit puan.

Kebanyakkan daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk. SENGGUGUT yang biasanya menyerang anak-anak gadis. Biasanya senggugut akan hilang bila seseorang gadis itu telah berkahwin dan beranak pinak. Dan senggugut tidak akan datang lagi. Namun ada pengecualiannya di mana terdapat juga kaum wanita yang masih mengalami penyakit senggugut walaupun sudah beranak pinak dan juga pada wanita post menopaus; yakni wanita yang sudah melalui zaman menopaus tetapi darah haid datang semula. Senggugut atau dismenorea (Dysmenorrhoea) ialah rasa sakit atau tidak selesa ketika datang haid. Senggugut biasanya bermula sejak seseorang gadis berumur belasan tahun dan berpunca daripada masalah kesihatan atau penyakit.
Senggugut dikaitkan dengan pengeluaran berlebihan bahan yang disebut prostaglandin dari lapisan dalaman rahim (uterus) semasa haid. Prostaglandin mengakibatkan kontraksi otot rahim dan perubahan pembuluh darah. Keadaan ini menimbulkan rasa ngilu atau sakit ketika haid. Ketulan darah haid yang membeku boleh juga menyekat aliran keluar darah dan meningkatkan tekanan intrauterin sehingga menyebabkan rasa sakit. Senggugut boleh juga disebabkan oleh penyakit seperti penyakit keradangan pelvis atau pinggul, endometriosis dan kanser rahim. la ditandai oleh rasa senak di bahagian bawah abdomen selama beberapa hari sebelum haid dan kadangkala berlangsung sehingga selesai haid. Penderita senggugut ada kalanya mengeluh akan masalah kekerapan membuang air kecil, cirit birit, pening, kembung, rasa sakit di buah dada, kemurungan dan rasa cepat marah.

Senggugut yang biasa yakni bukan kerana penyakit lain dalam tubuh akan hilang setelah anak gadis itu kahwin dan melahirkan anak pertama. Manakala senggugut akibat penyakit pula memerlukan rawatan khusus bergantung kepada penyebab penyakit. Di peringkat ini pesakit dinasihat berjumpa doktor untuk rawatan dan ubat.

Thursday 19 April 2012

jangan pandang sebelah mata!!

bismillah

minggu ke2 ain masuk sem baru, ain ade bagi flyers kat kolej2 di dalam kampus uitm shah alam. hari jumaat. pagi-pagi lagi ain dah bangun, siap-siap nak ke seksyen 2. nak pegi nutrition club kat sana. tapi, sampai2 je, tengok masih belum bukak. tak pe lah. ain pun pegi kedai photostat then buat flyers.

destinasi seterusnya, terus balik kolej. gunting lah flyers satu per satu.  

mula2 ade rasa malas!!!

tapi tiba2 ain terbayang, ada orang yang ain perlu tolong. then, ain terus bangun dan sebarkan flyers. terima kasih Allah. sebab gerakkan hati hamba mu  ini.

nak dipendekkan cerita,,,

ada seorang hamba Allah ni, telah menceritakan...bagaimana dia jumpa flyer ain

""awak bagi flyer hari apa?"" 

ain jawab; jumaat. 

""owh. erm tapi saya baca, hari ahad. mula2 tu masuk bilik terus nampak flyer. tak tengok pun. macam sampah kat tepi bilik je. tapi waktu saya solat asar dan ketika saya bagi salam, tiba-tiba flyer tu ada dekat tepi saya. macam pelik lah kan. tadi ade dekat tepi pintu. then tibe-tibe sekarang betul-betul dekat sebelah saya pulak. macam nak sangat suruh saya baca. tapi saya still tak amik. saya lipat telekung dulu. then dah settle semua baru baca flyer tu. saya masih tak buat apa-apa. tapi, ada jugaklah terfikir nak bagi message kat awak. then, saya pun lambat-lambat taip message. dah siap taip pun masih berfikir. nak send ke tak? nak send ke tak? ALAH, SEND JE LAH.""

cerita inilah yang diceritakan oleh customer ain. perkara pertama yang ain fikirkan adalah, AllahuAkhbar. KUASA ALLAH. mungkin ade yang akan kata, elleh! kebetulan je tu. sebab tulah kita jangan pandang sebelah mata terhadap sesuatu yang berlaku dalam diri kita, dalam kehidupan kita.
kenapa tidak kita ungkapkan perkataan ALHAMDULILLAH. Allah dah tunjuk jalan

sebenarnya, customer ain ni memang sangat2 tengah mencari seseorang untuk guide die. dan dia sendiri tak sangka ada orang yang memang die sedang cari. 

ini yang ditulis oleh customer ain
di facebook.

xdela ain..ecah lg bersyukur knl ain, klu x, ecah dh lame membahayekan dri sndiri dgn diet yg x btul...arini paki bju kurung moden yg ari senin ecah pkai 2 dh makin longgar..hahah..sronok agt..ALHAMDULILLAH

alhmdllh...ALLAH MAHA BESAR! slame ni ecah mencari seorang yg blh guide ecah dlm diet ni..tup2 jumpa ain.. ecah mmg xley lupe care ecah jumpa flyers ain..2la kesempatan dan peluang yg mgkn ALLAH bg kt ecah..sgt terharu..


ain tak reka. ini semua betul. nak tau cerita selanjutnya, boleh contact dia di facebook 

sebelah kiri ain tu lah ECAH...sebelah kanan ain pula AZZAH. my roomate!

terima kasih Allah kerana temukan kami
hanya melalui 1 keping flyer
SYUKUR

nantikan post mengenai mereka! mereka sangat2 happy. dah turun berat hampir 5kg dalam sebulan. AMAZING. syukur. then shape up banyak sangat,
syok!

anda bila lagi???
"""JANGAN PANDANG SEBALAH MATA"""
bila dapat risalah, baca dulu! then make decision.


pengumuman!

bismillah

untuk semua pengguna-pengguna herbalife, mulai 18 APRIL 2012, harga semua produk (inner and outer nutrition) telah naik 2.5% dari harga sebelumnya... tahniah kepada yang telah beli stok banyak2...hehe.
alah,,,, macam harga minyak naik,,,mesti korang dapat bayangkan banyak kenderaan berderet2 kat stesyen minyak untuk beli minyak dan kaya lah pemilik stesyen minyak pada hari tersebut!... hah!! lebih kurang macam tu lah. ramai sangat buat order dan delivery confirm lambat sampai.! :(

harga produk herbalife memang pernah naik jugak sebelum ni. kalau tak silap ain, dulu harga SHAKE full price is RM157. then increase to RM163.33, but now is RM 167.40!!

NAMPAK tak yang Herbalife is growing growing growing??

okey, boleh rujuk harga baru disini (sila click untuk penglihatan yang lebih jelas :)






ok 
cepat2 start program! if anda lambat, lagi naik lah harga nanti...apa tunggu2? kan harga dah naik...
more info??
call/msj
0137731660
fb NURUL AIN

Tuesday 17 April 2012

ready for study!

bismillah

seminggu je lagi before mid term break. tapi untuk menghadapi minggu ini, aku kene kuat! tabah! sabar! fokus! semangat!

simple je entry ni.
just nak sharing., GOOD NUTRITION FOR STUDENT!

sebelum study perlu pastikan perut tak terlalu lapar dan tak terlalu kenyang. ain pernah baca article. dalam tu ade tulis yang waktu yang sangat tak sesuai untuk belajar adalah apabila perut kita kenyang, perlukan gap waktu sekurang-kurangnya 1 jam. badan kita sedang sibuk memproses makanan. otak kita mungkin sedikit lambat berfungsi ketika itu. dan cabaran paling utama adalah,. MENGANTUK!!!

jadi, the best way is, DRINK HERBALIFE SHAKE. tak terlalu kenyang. tak terlalu lapar. then bagus untuk otak! yeh...

 TEA MIX tak boleh dilupakan. mesti nak minum before start belajar! for energy booster! best. tak delah mengantuk. feel energetic! then boleh fokus... :)

yang paling ain suka!
OMEGA 3 FISH OIL
good for BRAIN!
wah!!!student yang SMART!

ok tu je!
doakan saya dapat jawab dengan tenang. kejayaan ni bukan untuk diri saya sendiri sahaja. tapi untuk ramai orang. terutama buat ibu dan ayah.

doakan ye
moga Allah permudahkan.

Sunday 15 April 2012

from ZERO!

bismillah

Walaupun banyak halangan dan dugaan yang kita perlu tempuh, TAPI sekiranya impian kita KUAT dan TEGUH, pasti sehebat mana pun halangan dan dugaan itu MESTI boleh kita tempuhi.

MULA2 macam dah nak TARIK DIRI dari datang ke ZERO TO HERO! Sebab kenapa?? Sebab NEXT week ain perlu tempuhi banyakk banyakkk benda yang penting.

ISNIN = 4 kelas + 1 assignment perlu hantar
SELASA = 3 kelas + 2 assignment perlu hantar
RABU = 3 kelas + 1 TEST (reading subject)
KHAMIS = 4 KELAS + 3 TEST (reading + calculation subject)!!!!

Dan ke tiga-tiga test tu yang 4 KREDIT HOUR, (so apa masalah nya? mungkin bagi sesetengah pelajar, tak kesah pun tak study. tapi ain lain. ramai kenal ain mcm mana. uwais pun tahu. i love study! dapat markah tinggi--> contribute to self satisfaction. ha gitu!)

Tapi, ain bukan jenis yang sesuka hati buat keputusan. I ASK MY SPONSOR. WHAT SHOULD I DO.

Okey..ni apa yang uwais SMS

“””akak, istikharah k ? ;) kuasa Allah kak. Kalau DIA bagi kekuatan, akak boleh buat semua tu. Alhamdulillah KEKUATAN KELEMAHAN KEJAYAAN, kita boleh ke tak, ALLAH YANG TENTUKAN, akak usaha dulu sebaik mungkin. Kalau yakin akak memang tak dapat pegi, tak de masalah kak. Kiranya Allah yang suruh jangan pegi, TAPI TAK PERNAH LAA ORANG YANG TEROR2 dalam Herbalife tu skip zero to hero :D semoga Akak lebih focus. Lebih yakin. Lebih believe, nak jugak tgk akak lebih GROW dalam herbalife. Help to inspire others. Make it simple. Tenang. InsyaAllah. PASTIBOLEH!”””

*panjang kan? Tak de sebarang penambahan okey!

Apa yang ain nak sampai kan kat sini, dalam Herbalife, WHAT EVER you want to do, please ask your sponsor. Please get his/her opinion, sebelum buat KEPUTUSAN! sebab mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk anda!.

Lepas je dapat msj tu, ain terus siapkan kerja! Alhamdulillah assignment semua siap BEFORE ain pegi zero to hero. Buku pun dah baca sikit2.

And the most important is, when you focus in class, you do not have more time to study! You only need time for REVISION! 

macam mana nak focus dalam kelas?? DRINK MORE TEA MIX HERBALIFE !

Time management!

I want to grow

So, I decide to GO! 

Saturday 24 March 2012

pandanglah dari sudut yang berlainan

bismillah

Allah lah sebaik-baik perancang.

semester baru sudah tiga minggu berlalu. dahulu, ketika diploma, aku paling tak suka kelas sampai petang2. tapi, rezeki memang dapat kelas pagi2. jadual cantik je!

tapi.....sekarang, kelas semua sampai lewat petang. kelas banyak mula pukul 10.30 pagi. mungkin bagi orang lain. diorang suka lah. sebab boleh bangun lewat. banyak kali jugak aku mengeluh. ish tak best kelas macam ni.

tapi....berbalik pada ayat kat atas. "Allah lah sebaik-baik perancang" ketentuan Allah itu banyak hikmahnya sekiranya kita melihat pada sudut yang berlainan. Allahu Akhbar

Alhamdulillah,.. tidak terlewat untuk aku menilai aturanMu.

bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi untuk dapat kemudahan duduk di kolej. tak perlulah aku mencari rumah sewa.
 " Ya Allah, aku bersyukur.dan aku tak akan sia-siakan peluang yang engkau telah beri"dan
"Ya Allah, aku juga ingin membantu lebih ramai orang. temukan aku dengan mereka yang ingin memerlukan pertolongan aku, terutama dari segi kesihatan." 

KEJAYAAN PERLUKAN PENGORBANAN

uwais atiqah wrote: xpe kerje keras skrg, sbb kte nak pencen umur 30 :) - financial freedom!! that can be done with herbalife -facebook

ya! saya percaya itu semua. jadi saya manfaatkan masa pagi untuk sebarkan nutrisi. setiap hari! without failed. alhamdulillah...baru seminggu buat secara konsisten, aku dah kenal 12 orang baru. in Herbalife, its all about RELATIONSHIP! tak pe kalau mereka belum sedia untuk mulakan program. TAK PE. sebab suatu hari nanti, pasti mereka akan mencari kita. InsyaAllah

ada juga yang dah start program dan mereka sangat2 excited. kami saling tak mengenali. tapi disebabkan kehendak mereka yang sama, kami boleh bersatu! alhamdulillah, dah bawak mereka ke weight loss challenge di Tasik Shah Alam.
gelak bersama - sedih bersama - semoga berjaya bersama
sesi aerobic FREE! come join us
setiap pagi bangun awal dari orang lain. tapi, dahulu, aku ada baca 1 buku. tajuknya, BERSOLATLAH jika ingin BERJAYA. jadi, kita perlu seimbangkan dunia dan akhirat. aku diberi kemudahan untuk bangun pagi. jadi, jgn asik ingat duniawi je. laburkan lah sedikit masa untuk akhirat.-insyaAllah (peringatan untuk diri sendiri jua)

yang paling manis. yang paling indah

Ya Allah...istiqamah kan hatiku.


Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

-ayah&ibu, doa dari mu pengiring kejayaanku :)