TESTIMONIAL

FIND ME ON INSTAGRAM! -

Tuesday 20 May 2014

KLIA 2 DAN SCIENCE CENTRE SINGAPORE

Bismillah

#justgotback from Extravaganza Singapore 2014!. 

malam sebelum kami ke Singapura, kami buat final preparation sebelum berangkat jam 8 pagi dengan Air Asia :) ini hasil borong di NSK Shah Alam! berbaloi sangat2. sebab murah. semua ini untuk 35 orang. 




ada 9 kotak air mineral. air mineral Kat Singapore mahal ! so, dah prepare awal2. seorang dapat 1 botol 1.5liter. -_- mesti tak cukup kan? bagi Herbalifer! ok lah tu..dari tak de...

3 hari dapat 3 botol



muka uwais yang gembira tengok hasil tangkapan
dah siap2 bagi duit untuk dibelanjakan
thanks mom!

sebenarnya nak bangun jam 3 pagi, tapi tidur jam 1.45 pagi =_+
tidur lewat sebab esok nak tour Singapore, so kene study sikit. siap main lukis2 peta..hehe

yeh :)
here we are!

rupanya kami satu flight dengan dr kamarul & kak aisyah and kidos. tengok mereka sedang bersarapan dengan shake Herbalife! mudah...dimana2 pun boleh. siap bersila kat bawah lagi tu! sempoi betul

back packers! get ready to walk!

KLIA 2! 
baru sahaja beroperasi pada 9 Mei 2014 yang lalu. 

 KLIA2 ni dijangkakan dapat menampung penumpang sehingga mencecah 45 juta setahun. Berbanding dengan KLIA 25 juta dan LCCT hanya 15 juta.
keluasan memang besar sangat berbanding KLIA. kalau nak jalan tu, memang kene laju-laju je. 

KLIA2 ini juga merupakan pusat membeli belah! sambil nak tunggu flight, boleh lah membeli belah. macam-macam ada.!
for more info, boleh tgk kat web rasmi KLIA2 klik sini

TAPI....jangan terleka! imigresen dan boarding gate amatlah jauh. Ambil masa dalam 15 minit - 20 minit perjalanan!

sebab tu kami rancang perjalanan jam 4 pagi dah keluar rumah dari Shah Alam, sebab nak ambil kawan huda yang tinggal berhampiran dengan KLIA dan hantar kami ke KLIA2.,. sampai je, berkumandang azan Subuh. Maka, solat dulu yuk :)

Sementara tunggu gate buka, berehat sekejap kat kerusi yang disediakan

selesa, cantik

Masuk je flight dapat je tempat duduk, pakai seat belt, then dengan kiraan 1, 2, 3, maka.... tidur.........z z z z z -_o

Memang dah tak tahan sangat. dalam 30 minit, sampailah di Changi Airport, Singapore.

TOUR SINGAPORE!

1. Science Center Singapore

why not Universal Studio???? sebabnya memang tak cukup masa untuk main2 dalam USS tu, kami keluar airport je dah 11.30 pagi. nak ke sana lagi, makan masa. so, we prefer to go to Science Center Singapore :)

untuk ke SCS, kami menaiki MRT
ambil map ni. senang dah ada untuk dijadikan rujukan

dari Changi Airport ke Jurong East. Ada 22 setion! 2.5 sgd sahaja. perlu tukar di Tanah Merah.
memang ketara perbezaan MRT dan KTM.. erk! sorry ye, tapi memang sangat ketara. Ain memang selalu sangat naik KTM. so, terasa sangat.



in MRT

kemudian kami naik bas. sebenarnya, boleh je jalan kaki. tapi risau pulak ke mana ntah nanti arah tuju kami
tiket bas dalam 1.3 sgd. tapi masing2 tak de duit kecik. maka bagi 2 sgd, tiada baki. burn! macam Rapid KL. hehe :)

in front of SCS



Tiket masuk Science Centre Singapore hanya 16 sgd. Kami ambil yang pakej sekali dengan Snow City, cuma perlu tambah 2 sgd sahaja lagi. So, total is 18 sgd.

For more info about SCS, click here!

bagi kami yang back pakers, memang beg besar2.. so, tak perlu risau, locker besar ada. dengan hanya memasukkan duit 1 SGD. Kakak kaunter baik,.tolong tukarkan duit syiling lama. Sebab yang lama je boleh guna
I love science and Math!
dulu memang ambil aliran sains
really enjoy! excited! 
                
ini gaya huda squat! haha...bukan bukan,,,ini gaya sedang menjalankan experiment, dari tepi nampak kayu kuning tu berterabur, tapi sebenarnya membentuk sebuah kerusi apabila dilihat dari atas :)
budak-budak sekolah memang ramai. Mereka sedang menyiapkan soalan yang telah diberi oleh guru mereka. Nampak macam senang! tapi susah jugak tau. sebab mereka perlu mencari jawapan 1 bangunan pusat sains ni, besar tau keluasannya..
chromosome for women which is XX
still remember? Biology class? 
:)
kene paksa tiru gaya cartoon !
chromosome for man which is XY

robotics section
Dalam science centre ni, ada banyak section. 'sonds' 'mathematics' 'DNA' 'robotics' dan banyak lagi.
Alhamdulillah dapat pergi semua bahagian. Walaupun terpaksa kejap2 je singgah dekat semua experiment and model.

Kami keluar sebentar untuk ke Snow City, makan tengah hari dan solat zohor&asar.

Science centre ni boleh keluar masuk banyak kali sampai jam 6 petang. So, if nak jalan2 ke bangunan yang lain pun boleh. contoh:
tapi kids stop ni tutup. under construction -_+
at Snow City. erm, tak boleh bawak masuk camera. so, kami ada beli 2 keping gambar. kalau beli 1, harga 20 sgd. kalau beli 2 dapat harga 32 sgd. 

 makan tengah hari memang siap2 dah bawak dari Malaysia. Memang nak berjimat. tapi bagus jugak, puas hati. Makan banyak2. Sedap pulak tu sambal tumis mak-mak kami sediakan. Makan dengan nasi impit! hehe. 

we have fun! seronok sangat. bawak huda macam bawak adik! haha. sedangkan sebaya!
we are 24!
peace
Ain memang menjaga masa. Sebab risau terlewat untuk pergi FIT CLUB SINGAPORE
kejap-kejap tengok jam, tepat 4 jam petang, kami bergerak ke destinasi seterusnya..

NEXT ENTRY