TESTIMONIAL

FIND ME ON INSTAGRAM! -

Wednesday 7 June 2017

Pengalaman Bersalin : Puteriku Bahagian 2

Bismillah...

Ibu-ibu yang selamat melahirkan anak akan dibenarkan balik sekiranya keadaan ibu dan anak sudah sihat, iaitu kedua2 nya sudah buang air kecil, buang air besar dan sudah dapat berjalan (bagi ibu czer).


Pengalaman Bersalin BAHAGIAN 2.

Alhamdulillah syukur Ain telah selamat melahirkan puteri yang Ain kandungkan selama 39 minggu 4 hari.

TETAPI.. AIN TIDAK DIBENARKAN PULANG 😭😭

24 April | 8.00 pagi
Kenapa masih tak boleh kencing ni?? Pundi kencing dah sakit ni. Akhirnya dengan bantuan nurse, nurse buat in/out (kali kedua). Kali pertama di dalam labour room. Urine dalam 1 liter keluar.

24 April | 6.00 petang
Dibawa ke wad 8B pada jam 10 pagi tadi. Dapat katil no 23. Keluarga dari Semenyih semua datang melawat ain. Tp mereka tak dapat jumpa Aisyah, sebab Aisyah masih di NICU. Dan hanya ibu dan bapa sahaja dibenarkan masuk. Hari ni Ain tak pegi melawat Aisyah lagi. Mungkin esok.

7.00 malam
ALLAH!! kenapa masih tak boleh kencing ni???????
Dengan bantuan nurse sekali lagi in/out dibuat (kali ke 3)

9.00 malam
Doktor round. Dan doc decide untuk Ain pakai CBD (tube kencing) untuk 24 jam. Bermakna, esok Ain tak boleh balik lagi!! Huhu Kali ke 4, tube dimasukkan.

25 April
Hari ke 3 dihospital. Alhamdulillah sempat melawat Aisyah di NICU. Allah je tahu betapa sedihnya melihat Aisyah dalam keadaan berselirat wayar. Masih tak dapat nak bagi susu kat Aisyah. Sedih!



Setelah lebih 12 jam pakai CBD di wad, Latihan CLAMP (ikat tube pundi kencing dilakukan). Latihan ni dibuat supaya pesakit dapat rasa semula deria untuk membuang air kencing. Kalau tak ikat (guna getah), deria untuk ke toilet mmg tak ada langsung. Sedar2 bag tube tu dah penuh.

26 April | 12 tgh hari
Doktor : Saya nak buka CBD awak ni, jadi awak kene cuba kencing sendiri tau.
Ain : Baik doc

10 minit berlalu
15 minit berlalu , masih tak boleh
30 minit berlalu , Allah !!

Perasaan nya macam ni tau, deria nak kencing tu ada, tp bila dah rasa air kencing tu di hujung-hujung, tibe-tibe tak keluar. Sakit tau. Pedih. Mungkin siapa yang melalui sahaja tahu mcm mana keadaan Ain waktu tu. 

Akhirnya Ain bagitahu doktor yang Ain masih tak boleh kencing sendiri.

Kemudian, Ain dibenarkan balik, tetapi dengan ditemani CBD selama 7 hari. :(  (kali ke 5 tube dimasukkan)

Mulalah rutin berpantang di rumah Shah Alam. Ujian Allah beri ini telah mengubah perancangan yang dirancang. Pada awalnya, kami plan nak berpantang di Semenyih. Tetapi disebabkan 7 hari lagi nak ke hospital semula, dibatalkan hajat untuk berpantang di Semenyih.

Rutin berpantang dengan ditemani CBD amatlah merumitkan. Allah tempat Ain berserah. Sesungguhnya setiap masa setiap saat sedih dengan ujian Allah bagi ni. Tapi bila muhasabah semula, Ain bersyukur. Syukur sebab Allah uji sikit je. Orang lain lagilah ujiannya mungkin tak sanggup untuk ditanggung.

3 Mei 2017 | 10 pagi | Klinik Pakar O&G Hospital Shah Alam

Hari ke 9 berpantang. Appointment hari ni untuk buka CBD. Berdebar-debar sangat nak buka CBD. Banyak kali pandang muka suami. Minta ditenangkan. Waktu ni kami bawa Aisyah bersama. Tiba masa untuk buka CBD.

Cubaan pertama. Gagal
Cubaan kedua. Juga Gagal
Cubaan ketiga. Dapat keluarkan sikit-sikit

Tapi setelah 30 minit, Ain tak dapat tanggung sakit. doktor scan bladder ain, ya sudah kembang semula. Akhirnya doktor decide untuk Ain pakai semula CBD untuk seminggu tetapi dengan lakukan Bladder Training sendiri. Kali ke 6 tube dimasukkan.

Allah
waktu ni sedih sangat.

Kenapa kene pakai semula??? ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­

4 Mei 
Rutin berpantang bersambung di Semenyih.

7 Mei | 11.00 malam
Pagi tadi Ain ada berurut. Sebelah petang pula Ain bertungku. Tak pasti sama ada setelah berurut dan bertungku , adalah penyebab DARAH keluar melalui tube CBD. Tak pasti. Tapi kemungkinan ada.

Waktu ni cuak sangat. Kalau darah keluar tapi tak sakit, tak apa kot. Tapi Ain ada rasa tak selesa dan sakit. Akhirnya decide pergi Emergency Hospital Sedang. Bawa Aisyah bersama. Kesian Aisyah.


CBD yg berdarah. Terus ke Hospital Serdang

2.00 pagi | Hospital Serdang
Setelah jumpa doktor, kami pulang dengan perasaan hampa. Oklah, alasan mereka sebab kes ain ni kes dari Hospital Shah Alam, so diorg tak dapat nak buat apa-apa.

At least scan lah bladder ni ke.. tapi tak. Doktor just tgk CBD.
-_- yang mmg tak akan dapat trace apa-apa.

7 Mei | 11.00 pagi | Kecemasan Hospital Shah Alam
Bangun je pagi tu Ain cakap dengan suami "Saya Sakit..tak selesa dan tak tahan untuk tunggu next appointment 12 Mei" 

Then suami decide untuk terus ke Shah Alam. 

Dlm pukul 1 petang, Ain dpt jumpa doc. Alhamdulillah doc ajak buat ultrasound. Bladder kembang sikit. Tp tube pakai. Ada nampak mcm blood clot. Tp kecik je. Then doc decide bukak CBD dulu. Sbb dah kuman. Kotor. So kene ganti. Tapi doc rujuk ain ke PAC. Utk tengok jahitan dan luka. Sbb ada bau busuk. Waktu ni, Allah je tahu. Sakitnyaaa. Pakai spatula. Mcm nak seluk tu. Ambil sampel. Allah. Sakitnya.

Then doc bukak CBD dan ambil sample urine. Doc cakap try kencing.

Ain pun ambil feel dulu. Tak terus minum air. Sbb masih sakit yg kene seluk td. So, Ain pegi pam susu dulu. Makan sikit roti utk tenaga. Sbb dh lepas lunch. Lapar. Then baru Ain minum air sikit2. X nak bladder terkejut.

Alhamdulillah Allah bagi nikmat utk Ain kencing. Dapatlah rasa 4 kali di hospital. Lega mmg lega. Syukur. Then Ain dibenarkan balik. Result urine Alhamdulillah x de pape.

Bila tiba di rumah, Ain terus nak cuba kencing lagi. Alhamdulillah dpat sekali kencing. Then Ain makan. Dalam kul 5.20 ptg. Tapi lepas makan, tibe2 tersekat semula. Ain rehat dulu. Ain baring. Ain tidur kejap utk dptkan tenaga. Tp hati mmg dah x sedap.

Lepas maghrib, Ain tuam ais. Then cuba bangun, terus rasa senak. Pi toilet, dpt kuarkan sikit je. Allah!! Sakit dtg semula.

Ain baring semula. Tuam lagi. Then after 15 minutes, Ain ckp dgnsuami "awak. Saya rasa saya tak boleh kencing semula. Ni kalau bangun, sure sakit, so, jom kita plan mcm mana nak ke hospital dan dlm masa yg sama kene cepat. Sebab nnt saya sakit"

Suami baringkan ain dalam kereta. So, tekanan pd pundi kencing tu x terlalu kuat. Sambil Ain tuam dgn ais.

Sampai di emergency, suami try minta dptkan katil. Tp x boleh. Diorg bagi kerusi roda. Tp Ain dibenarkan terus ke bilik rawatan. Tanpa melalui doc dahulu. Sbb kes mcm ni x leh tunggu lama. Alhamdulillah dpt rawatan setelah 30 minit. Org lain tunggu 5/6 jam. Tp ain tunggu 30 minit tu dah rasa lamaaaa sangat. Sampai Ain lemah. Kepala dah lentok2. Suami pegangkan kepala.

Masuk bilik rawatan, Ain ckp dgn nurse "maaf nurse, nurse buat slow2 ya. Nurse baik" Ain pujuk diri jugak sbnrnya. Sbb risau kejadian yg sama berulang. Alhamdulillah masuk tube tak sakit langsung. Sbb dia tak ganggu luka jahitan. Syukur. Kali ke 7 tube dimasukkan.

Tapi ada sesuatu terjadi. Iaitu air kencing tak keluar. Dia pelik. Takut dah. Cepat2 nurse panggil doc. Ain mengucap dah. Tapi elok je doc muncul , baru urine tu mengalir. Tapi slow je. Pelik jugak.

Lepas dpt rawatan, baru ain jumpa doc. Sebelum jumpa doc, pam susu dulu. Dah bengkak dah.

Alhamdulillah balik rumah jam 11malam.

Allah. Semalam rasa mcm hari yg sangat panjang. Sebelum tidur, ain ucap syukur. Allah masih sayang. Ain ucap terima kasih kat suami. Suami cakap sabarlah sayang. Ujian dari Allah, adalah untuk menaikkan martabat kita.

12 Mei | 10.00 pagi | Klinik Pakar O&G Hospital Shah Alam
Tibalah masa yang sangat mendebarkan. Iaitu hari dimana tube CBD akan dibuka. Hari ini hari ke 18 berpantang. Sebelum tibanya hari yang mendebarkan ini, Ain banyak contact orang-orang yang Ain rapat. Ain mohon doa dan solat hajat dari mereka. Ain pun ada contact mereka yang mungkin Ain pernah buat silap. Ain minta maaf dari diorg. Sebab Ain sedar, ujian yang Allah bagi ni adalah untuk menghapuskan dosa-dosa terdahulu. Tetapi dosa sesama manusia, perlu minta maaf dari mereka.

ALHAMDULILLAH, berkat hari ini HARI NISFU SYAABAN, berkat doa dari ramai orang akhirnya CBD dapat dibuka dan Ain dapat membuang air kecil sendiri.

ALLAH

NIKMATNYA

"YA ALLAH, terima kasih kerana Engkau telah kembalikan nikmat membuang air kecil ini kembali kepadaku, aku mohon ya Allah agar nikmat ini sampai bila-bila, sehingga akhir hayatku"



Terima kasih kerana telah menemaniku selama 18 hari. 
Ramai tanya "KENAPA AIN KENE PAKAI CBD NI??"
TIADA jawapan tepat yang dapat Ain beri.

Anggaplah ini bahagian Ain. Ujian Allah bagi. Sebab Allah Sayang. 
Ain insan terpilih untuk melalui semua ini.
Pengalaman ini memang menguji kami sekeluarga. 
Moga Allah ampunkan dosa-dosa kami.


Buat sesiapa sahaja yang seujian dengan Ain dan perlukan sokongan dari Ain, boleh hubungi Ain melalui talian 013-7731660

Sebab, dikala Ain harungi ujian ini, Ya Ain perlukan sokongan. Terima kasih semuanya.. Moga Allah balas jasa kalian.

No comments: