TESTIMONIAL

FIND ME ON INSTAGRAM! -

Monday 1 August 2011

SALAM RAMADHAN

bismillah


alhamdulillah, sampai jua kita di bulan yang mulia untuk tahun ini dan insyaAllah semoga bulan ramadhan tahun ini lebih bertambah amal ibadat dan lebih berkualiti disamping menjalankan misi yang sama pada bulan-bulan yang sebelumnya iaitu, NUTRISI untuk semua.


bulan puasa menuntut kita supaya lebih bersederhana dan bersabar tetapi kita tewas apabila berhadapan dengan makanan. "kita asak perut kita dengan pelbagai jenis makanan sehingga hilang nikmat berpuasa". sistem penghadaman sepatutnya 'berehat' buat seketika pula menjadi sesak kerana ramai diantara kita yang makan secara berganda melebihi keperluan tubuh. oleh itu, bulan ramadhan ini wajar kita berfikir sejenak mengenai tabiat pemakanan ketika berpuasa. bukan sahaja untuk mengelak pembaziran, malah untuk menjaga kesihatan.


berbuka puasa jangan ikut nafsu!


alhamdulillah ramadhan yang lalu, saya sekeluarga sudah mengamalkan shake herbalife sebagai sahur dan juga juadah berbuka kami. inilah makanan yang sangat menjimatkan dan juga sangat diperlukan oleh badan kita yang telah lebih 14 jam berpuasa. 


tak lapar ke?


cubalah dulu..kalau tak cuba tak tahu. !


bagi saya, lebih bertenaga dan lebih tumpuan ketika di dalam kelas! pernah juga saya tertinggal 1 hari tidak bersahur dengan shake herbalife, kerana terlajak tidur, memang rasa sangat lain. penat, dan tidak bermaya.


mulakan puasa anda dengan makanan yang sihat, dan berbukalah juga dengan makanan yang sihat =)


amalkan pemakanan yang sihat
elak pembaziran
elak makanan yang berkalori tinggi
ambil peluang bulan ramadhan ini untuk pulih dari penyakit
kekalkan gaya hidup sihat sehingga RAYA nanti
JIMAT + MUDAH + LAZAT

alhamdulillah

No comments: