TESTIMONIAL

FIND ME ON INSTAGRAM! -

Monday 5 June 2017

Pengalaman Bersalin : Puteriku Bahagian 1

Bismillah...

Aisyah Iman, ummi tak tahu bila Aisyah akan pandai baca dan boleh memahami apa yang ummi tuliskan di blog ini.  Tapi, Ummi nak Aisyah tahu betapa pengalaman melahirkan Aisyah amat bermakna buat ummi.  Sayangku Aisyah Iman binti Abdul Hannan.

22 April 2017 | 10.50 malam
Ummi sudah mula rasa contraction. Ummi masuk bilik untuk tidur tapi akhirnya dapat lelapkan mata jam 1 pagi. 😡😡

23 April 2017 | 3.00 pagi
Air ketuban tiba2 memgalir. Mula2 ingatkan ummi kencing. Tapi bila cek warna, jernih dan tiada bau, baru ummi sedar, itu air ketuban. Waktu ni kan, walid buat lawak! Mungkin sebab walid mamai 😴😴. Walid tutup lampu semula. πŸ˜‚ ummi cakap "eh! Air ketuban dah keluar. Tak nak pergi hospital ke?" Walid terpinga2 .. Haha Bila air ketuban / darah keluar dari rahim, itu tanda-tanda kelahiran tau! Segera ke hospital 😊

23 April 2017 | 7.30 pagi
Jam 3.30 pagi tadi, kami bergegas ke PAC Hospital Shah Alam. Tetapi memandangkan kes banyak malam tu, doktor pulak semua sibuk dan kes ummi masih belum serius, maka jam 7.30 pagi baru ummi dapat jumpa doktor. Doc cek jalan, tapi baru 3cm. Air ketuban masih mengalir. Rasanya kalau disukat, air ketuban ni ada kot dalam 5liter. Sbb byk sangat. Kain batik basah dan kering sampai 3 kali.

9.30 pagi
Seingat ummi waktu ini merupakan Kali terakhir ummi dapat buang air kecil sendiri ! Allahu Akhbar 😱😱😱 **
boleh baca di sini ( Ujian dari Allah )



1.00  tengah hari
Ummi makan. Paksakan diri untuk telan. Kemudian, Ummi minta ubat tahan sakit.  Dapatlah ummi lelap sekejap, berehat untuk kumpul tenaga. Bukaan masih 3cm.

4.00 petang
Sakit contraction makin menjadi2. Ummi tak tahan. Ummi jerit. Tapi jeritan ummi ni sia-sia sebenarnya. Sepatutnya ummi jaga pernafasan. Tak tahu kenapa, ummi tak terfikir. Mesti nurse2 tak nak layan ummi πŸ˜‚. Sebab ummi bising. TAPI ada sesuatu terjadi, membuatkan semua nurse layan ummi.

5.30 petang
UMMI DEMAM! Menggigil sampai ummi gigit tudung. Waktu ni tiba2 mcm kecoh. Nurse2 yg tak layan ummi tadi, terus semua tumpu kat ummi. Ummi tak faham kenapa diorg ni?
Rupanya sebab, RISIKO INFECTION PADA BAYI.  Sebab air ketuban sudah pecah. 3 pagi sehingga sekarang  sudah lebih 14 jam air ketuban pecah. Sejak ummi demam, mesin CTG tak lekang dari perut ummi. Semata2 untuk monitor jantung Aisyah. Jantung Aisyah laju. Selaju jantung ummi. Sebab ummi demam. Dengan sakit contraction lagi... Allahu..Tak tertanggung rasanya. 😭😭😭Bukaan masih 3cm.

8.20 malam
Penantian untuk masuk labour room berakhir.  Masuk je LR, ummi jaga pernafasan. Ummi tak nak jerit macam kat luar tadi. Minit berganti jam. Masa berlalu. Tapi ummi hanya di monitor oleh doc dan nurse. Sampai 1 tahap, ummi tanya doc "kita tunggu apa doc?"
"Kita tunggu jalan bukak lah"
"Sampai 10cm?"
"Ya. Tapi nnt kami  review semula  jam 11 mlm nnt"
"Tapi skrg baru 9.30 mlm. Saya dah tak larat doc. Kenapa tak czer je doc?"
"YOU HAVE TO BE POSITIVE. Ramai yg mintak nak czer. Tapi akhirnya diorg normal juga. Sabar. Kita tunggu jalan buka. Tapi nak tanya, u ada minum air selusuh? Air zam zam?"
"Tak doc. Saya tak minum pape. Kenapa dari tadi semua tanya soalan yg sama?"
"Sbb you punya contraction agak kuat. Tp jalan belum buka. Selalunya ramai patient jd mcm ni sbb diorg minum air selusuh / zam-zam"
"Tak doc. Saya tak minum 😒😭"

10.00 malam
Doc pakar datang. Alhamdulillah tak yah tunggu kul 11 mlm untuk next review. 1 kejadian dimana doc pakar cek pundi kencing, baru perasan yang ummi dah lama tak kencing. Doc pakar tu buat in/out. Keluar urine sebanyak 1.5 liter 😱😱😱

11.45 malam
Ummi terdengar doc cakap jantung Aisyah makin drop! doc keluar dari LR. Ummi takut. Ummi nak Aisyah selamat. Ummi dah menangis waktu ni..ummi doa
"YA ALLAH, pinjamkan aku kekuatanmu sebab aku dah tak larat sangat ya Allah. aku tekad. Aku nak push ya Allah. Engkau selamatkan Aisyah ya Allah. Aku tak kisah apa pun yg akan terjadi kepadaku. Tapi.... Engkau selamatkan Aisyah"

BERMULANYA WAKTU INI. . ummi push sikit2. Sedangkan bukaan baru 5cm.  Selang beberapa minit,Tiba2 ummi rasa nak terberak. Ummi cakap kat nurse , "nurse, saya nak berak lah" nurse tu cakap "berak lah. Tak pe."
Ummi teran. Tapi tak keluar. Then nurse cakap "tak payah lah teran. Awak tak pandai. Nnt penat je"πŸ˜‘πŸ˜‘

πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“
Cubaan kali kedua "doc, saya mcm nak berak lah."  Terus doc tu cek bukaan. Allah. Kuasa Allah, waktu doc tu cek bukaan., tibe2 ummi terteran. Dan ummi terdengar doc  jerit "ORAIT GOOD GOOD LAGI LAGI"

Terus terdengar nurse nak panggil walid!
Nampak je muka walid, ummi terus semangat. Betapa Allah je tahu ummi nak sangat walid ada disisi ummi. Ummi cuba teran sehabis tenaga.
Alhamdulillah Aisyah Iman selamat dilahirkan 12.42 pagi. 24 April 2017 dengan hanya bertiga di ruang Labour Room. Ummi, Walid dan Nurse Aina.

Terima kasih Allah kerana pinjamkan tenaga.

Jika nak diikutkan,  Aisyah lahir 12.42 pagi 24 April 2017

3 pagi 23 April air ketuban keluar -  lebih 21 jam
1 tgh hari ummi makan -  lebih 11 jam tak makan
10.50 mlm 22 april start contraction - lebih 24 jam sakit contraction

Ummi penat sangat ! Ummi dah tak larat . Tapi sebab nak selamatkan Aisyah, ummi kene kuat. Alhamdulillah Aisyah selamat. TAPI sebaik shj Aisyah keluar dari rahim ummi, Aisyah tak nangis. Ummi sempat tengok Aisyah 10 saat je. 😰😰😰😰Lepas tu nurse bawa Aisyah keluar. Tinggal ummi dan walid. Waktu tu ummi dah lemah. Ummi doa agar Aisyah kuat, Aisyah selamat.

Disebabkan bukaan hanya 5cm dan ummi terus teran, maka luka jahitan agak banyak. Nurse dan doc ambil masa lebih 1 jam 30 minit untuk selesai jahit. Allahu..😭

2.45 pagi
Doktor pakar kanak2 nak masuk untuk jumpa ummi ketika proses jahit luka masih lg dilakukan. Doktor cerita pasal Aisyah. Doc cakap, Aisyah mungkin dijangkiti kuman pada paru-paru. Disebabkan infection ni, Aisyah tak menangis tadi. "Tapi puan jangan risau. Anak puan kami terus hantar ke NICU untuk rawatan rapi. Ujian darah sudah diambil. Esok result keluar"
Aisyah...kuatlah anakku.

Begitulah proses untuk melahirkan Aisyah Iman. Ummi akan ingat sampai bila2.

Wahai Aisyah.....anak ummi, jadilah anak yang solehah. Yang sentiasa menggembirakan dan menyenangkn hati ummi dan walid. Membesarlah dengan sihat. Ummi dan walid sayang Aisyah, Allah pun sayang Aisyah πŸ’–πŸ’–

Wahai Walid....suamiku..terima kasih untuk segalanya. Terima kasih kerana tetap sabar melayan kerenahku sejak diriku ini disahkan mengandung sehinggalah lahirnya Aisyah. Cinta ummi pada walid akan kekal sehingga akhir hayat ummi. πŸ’–πŸ’–

Wahai ibuku....pengalaman melahirkan Aisyah membuatkan diri ini ingin sangat menghargai dirimu. Ampunkan dosa-dosaku sejak diriku kecil hingga kini. Moga syurga untukmu duhai ibu..πŸ’–πŸ’–



Pantun dari walid buat ummi dari laman FB beliau :)


Telah lahir seorang puteri,
Hadir memenuhi hari kami,
Aisyah Iman nama di beri,
Menjadi amanah dari Illahi.



9 Bulan membawa kandungan,
Mudah bersalin menjadi harapan,
Alhamdulillah sudah di permudahkan,
Terima kasih sayang..saya ucapkan.


Baby keluar mirip muka saya,
Sayang tengok jangan lah hampa,
Nanti cuba kali kedua,
Kita tengok muka macam siapa.


Huahuahua!!!

*** Ummi mmg tak pandai nak balas pantun. Ummi kasi can lah kat walid. Walid menang :p

Pengalaman bersalin bukan berakhir di sini. Ada ujian yang Allah iring disamping nikmat yang Allah hadiahkan. Allahu Akhbar. Kesabaran teruji. 

BERSAMBUNG

No comments: